KEBERGANTUNGAN INTERNET DAN AKTIVITI ONLINE REMAJA DI LEMBAH KELANG
Abstract
Kebergantungan remaja terhadap Internet amat ketara kerana sifat Internet itu sendiri yang memerlukan penglibatan aktif pengguna. Ini menggambarkan bahawa penggunaan Internet adalah bertujuan dan mempunyai matlamat tertentu. Fenomena ini mewujudkan satu hubungan antara pengguna dengan Internet dan secara tidak langsung akan mempengaruhi aktiviti online mereka. Dengan menggunakan Teori Sistem Kebergantungan Media, kajian ini berupaya mengenal pasti tahap kebergantungan terhadap Internet dalam kalangan remaja di sekitar Lembah Kelang. Hasil kajian menunjukkan bahawa remaja bergantung kepada Internet untuk memahami persekitaran sosial, untuk berinteraksi dan juga memenuhi keperluan sosial berbanding keperluan sendiri. Facebook merupakan laman jaringan sosial yang paling digemari untuk aktiviti bersembang.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528