IRONI KOMITMEN TERHADAP ICT: ANCAMAN BLOG DI MALAYSIA
Abstract
Makalah ini memberikan pendedahan terhadap perkembangan semasa di Malaysia, khususnya di dalam melihat polisi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang telah diimplementasi sejak beberapa dekad yang lalu. Selain daripada membincangkan polisipolisi berkaitan TMK, makalah ini cuba memberikan pendekatan perbandingan khususnya di dalam mengamati perhubungan yang wujud di antara polisi berkenaan dan kesan politik (blog politik) yang diakibatkan oleh Internet di dalam pilihan raya umum 2008. Makalah ini mengenengahkan empat perbincangan utama iaitu; latar belakang Negara, pembangunan dan perbelanjaan TMK, strategi pengukuhan polisi TMK dan revolusi Internet di Malaysia. Amat mengejutkan apabila didapati kajian yang membabitkan impak polisi TMK dan kesannya ke atas peningkatan blog politik adalah tidak begitu menyeluruh dilaksanakan.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528