Kajian Adaptasi Budaya Peserta Malaysia Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) di Malaysia

Ireena Ibnu, Abdul Latiff Ahmad

Abstract


Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) bermula pada tahun 1974 dan adalah program tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Jepun yang mengumpulkan lebih daripada 300 belia dari seluruh Asia Tenggara dan juga Jepun bagi menyediakan peluang yang unik untuk belia tinggal bersama-sama di atas sebuah kapal persiaran bernama “Nippon Maru” untuk tempoh lebih 50 hari. Kajian ini dilakukan ke atas belia di Malaysia yang merupakan bekas peserta program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun. Mereka ini terdiri daripada belia yang berusia 18 hingga 35 tahun, berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kumpulan kajian ini terdiri daripada 13 orang bekas peserta kapal dan telah menghabiskan program kapal ini dengan jayanya. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat apakah cabaran utama yang sering dihadapi oleh peserta Melayu dan untuk memahami proses adaptasi budaya peserta Melayu Program Kapal Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) menggunakan model Lekuk-W oleh Gullahorn dan Gullahorn (1963). Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu autoetnografi dan perbincangan kumpulan fokus. Hasil kajian mendapati cabaran utama yang dihadapi kebanyakan peserta Melayu dalam program ini ialah mengenai pemakanan, amal ibadat dan cabaran sosial.

Katakunci : Belia; kapal; Melayu; adaptasi budaya; Islam

Full Text:

PDF

References


Abdul Latiff Ahmad, Emma Mirza Wati, Rushyda Helma Mohd, Latiffah Pawanteh & Ali Salman, (2014). Adaptation and the new media technology: A study on Malaysian students in Australia and United Kingdom, Jurnal Komunikasi- Malaysian Journal of Communication, 30(1), 195-206

Johnson, V. C. & Mulholland, J.2006. Open doors, secure boarders: advantage of education abroad for public policy. International Educator , 4-7.

Berger, Peter L., and Samuel P. Huntington. Many globalizations: Cultural diversity in the contemporary world. Oxford University Press, USA, 2002.

Castells, M. (2009). Rise of the Network Society, With a New Preface: The Information Age: Economy, Society, and Culture Volume I.

Gullahorn, J. T. and Gullahorn, J. E. (1963), An Extension of the U-Curve Hypothesis1. Journal of Social Issues, 19: 33–47

Habu, Toshie. (2000): "The irony of globalization: The experience of Japanese women in British higher education." Higher Education 39.1 43-66.

Hsiao, C. (2003). Analysis of panel data, 2nd edn. Cambridge: Cambridge University Press.

Kim, Y. Y. 2001. Becoming Intercultural: An Integrative Theory of Communication and CrossCultural Adaptation. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.

McLuhan, Marshall (1962). The Gutenberg Galaxy : the making of typographic man. Toronto, Canada: University of Toronto Press.

Mod Nazri. 2006. Persediaan Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun. Unit Antarabangsa. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Sowa, Patience A. (2002), “How Valuable Are Student Exchange Programs?” New Directions for Higher Education, Vol. 2002, 117, 63-70.

Lee, J. J., & Rice, C. (2007). Welcome to America? International student perceptions of discrimination. Higher Education, 53, 381-409.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528