Sindiran dalam Media Sosial: Perspektif Lakuan Bahasa

Nur Atikah Ibrahim, Maslida Yusof

Abstract


Sindiran menyampaikan maksud yang bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh penutur secara literal.  Kini sindiran menjadi satu trend ragam bahasa dalam kalangan pengguna media sosial untuk membuat teguran, kritikan atau nasihat terhadap sesuatu isu dalam media sosial. Justeru, kajian ini bertujuan meneliti ujaran sindiran dalam media sosial dari perspektif lakuan bahasa dengan berdasarkan kriteria taksonomi yang dikemukakan oleh Searle (1969) iaitu lakuan bahasa asertif, direktif, komisif, ekspresif dan deklaratif.  Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan mengambil data daripada status yang dimuat naik dalam halaman Facebook Amrans Fans. Halaman Facebook Amrans Fans dipilih kerana halaman Facebook ini dikatakan sering kali memuat naik status yang berbentuk sindiran dalam memaparkan pelbagai isu semasa. Hasil dapatan memperlihatkan struktur lakuan bahasa sindiran melibatkan tiga peserta iaitu penyindir, pemerhati dan sasaran bagi sindiran tersebut. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu, lakuan bahasa sindiran disampaikan dalam bentuk lakuan bahasa asertif, komisif, ekspresif dan direktif. Lakuan sindiran sama juga dengan lakuan bukan sindiran iaitu mempunyai syarat input dan output, syarat kandungan proposisi, syarat persediaan, syarat keikhlasan dan syarat keperluan. Kajian ini membuktikan bahawa interpretasi ironi berdasarkan kepada kontekstual pragmatik dan hubungan antara pembicara dan pendengar. Jelasnya, lakuan sindiran merupakan satu strategi ujaran oleh pengendali halaman Facebook Amrans Fans dalam usaha untuk menarik perhatian pengikutnya.

 

Kata kunci: Sindiran, lakuan bahasa, struktur lakuan sindiran, Facebook Amrans Fans, media sosial.


Full Text:

PDF

References


Ahmad Mahmood Musanif. (2000). Konsep pertanyaan berdasarkan teori lakuanpertuturan Melayu. Jurnal Bahasa, 44(12), 1318-1328.

Alotaibi, Y. (2017). A new analysis of verbal irony. International journal of Appllied Linguistics & English Literature, 6(5), 154- 161. http://dx.doi.org/10.7575/aiac.ijalel.v.6n.5p.154

Amat Juhari Moain. (2001). Nilai rasa dalam bahasa Melayu. Dalam Yaacob Harun (pnyt.), Kosmologi Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Amante, D. J. (1981). The theory of ironic speech acts. Poetics Today, 2(2), 77-96.

Amirah Ahmad, Noriza Daud, Norizah Ardi, & Nurrissammimayantie Ismail. (2019). Ragam bahasa media sosial dalam isu yang sohor kini. Prosiding Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara.

Austin, J. L. (1962). How to do thing with words. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Azian Muhamad Adzmi, & Norliza Saiful Bahry. (2020). ‘Silaturrahim’, Malaysian diaspora and social media. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(1), 263-277.

Berita Harian Online. (2010, November 21).

Boxer, D. (2002). Applying sociolinguistics: Domains and face-to-face interaction. Amsterdam: John Benjamin Publishing.

Clark, H. H., & Gerrig, R. J. (1984). On the pretense theory of irony. In Currie, G. (Ed., 2004). Arts and minds. Oxford: University Press on Demand.

Currie, G. (2006). Why irony is pretence. In S. Nichols (Ed.), The architecture of the imagination (pp. 111-133). Oxford: Oxford University Press.

Ducharme, L. J. (1994). Sarcasm and interactional politics. Symbolic Interaction, 17(1), 51-62.

Fraenkel, J. R., & Wallen, N. E. (1993). How to design and evaluate research in education. New York: McGraw-Hill.

Giora, R., Fein, O., Ganzi, J., Levi, N. A., & Sabah, H. (2005). On negation as mitigation: The case of negative irony. Discourse Processes, (39), 81-100.

Grice, H. (1975). Logic and conversation. In Cole, P. & Morgan, J. L. (Eds.), Syntax and semantics volume 3: Speech acts. NY: Academic Press.

Haverkate, H. (1990). A speech act analysis of irony. Journal of Pragmatics, 14(1), 77-109. http://dx.doi.org/10.1016/0378-2166(90)90065-L

Jamilah Maliki, Normah Mustaffa, & Mohd Nor Shahizan Ali. (2019). Konstruksi identiti dalam talian dari perspektif pengguna Facebook. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(4), 119-134.

Kamus Dewan Edisi ke-4. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kartini Abd. Wahab. (2018). Ciri dan fungsi komunikatif bahasa melayu sabah dalam media sosial. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(4), 58-74

Kelantan, S. O. (1992). 100 tahun pergerakan bahasa dan sastera Melayu 1888-1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kenkadze, I. (2014). Analysis of irony in the view of speech acts. Journal Spekali, 8. Retrieved from http://www.spekali.tsu.ge/index.php/en/article/viewArticle/8/76

Keraf, G. (2007). Diksi dan gaya bahasa, kompisisi lanjutan 1. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

Krippendorff, K. (2004). Content analysis: An introduction to its methodology (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.

Malaysia Kini. (2016, Februari 15). Anak TPM tunggu Amran Fans di Mahsyar. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/330424

Marlyna Maros. (2012). Pegi mampos la bodoh: Satu tinjauan terhadap ungkapan makian dan ke (tidak) santunan dalam interaksi internet. Dalam Marlynna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar & Maslida Yusof (pynt.), Prinsip dan aplikasi kesantunan berbahasa (hlm. 220 -249). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Maslida Yusof. (2012). Prinsip dan aplikasi kesantunan berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslida Yusof. (2000). Makna interpretif: Kes ironi bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa, 44(12), 1239-1247.

McDonald, S. (1999). Exploring the process of inference generation in sarcasm: A review of normal and clinical studies. Brain and Language, 68(3), 486-506. https://doi.org/10.1006/brln.1999.2124

Mohamad Shahidan. (1999). Permata timur: Kecanggungan pantun berkait. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Adnan Pitchan, Siti Zobidah Omar, & Akmar Hayati Ahmad Ghazali. (2019). Amalan keselamatan siber pengguna internet terhadap buli siber, pornografi, e-mel phishing dan pembelian dalam talian. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(3), 212-227.

Nizam Bakeri. (2016, Januari 11). Tiga isu dalam perang menyusu [wordpress]. Retrieved on 2020, Jun 19, from https://nizambakeri.wordpress.com/2016/01/11/tiga-isu-dalam-perang-menyusu/

Pelsmaekers, K., & Van Besien, F. (2002). Subtitling irony: Blackadder in Dutch. The translator: Studies in Intercultural Communication, 8(2), 241-261.

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police). (2019, Februari 8). Apa kata anda? [Facebook]. Retrieved on 2019, 20 November, from https://m.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/posts/2306886805988280?comment_id=2307058145971146&commenttracking=%7B%22tn%22%3A%22R%2346%22%7D

Radiah Yusof. (2012). Pegi mampos la bodoh: Satu tinjauan terhadap ungkapan makian dan ke (tidak) santunan dalam interaksi internet. Dalam Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar, & Maslida Yusof (pynt.), Prinsip dan aplikasi kesantunan berbahasa (hlm. 220-249). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Norsyahida Mohd A. Rashid, & Nor Azuwan Yaakob. (2017). Jenis bahasa sindiran dalam ujaran Vlog. International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL), 7, 17- 29.

Sabitha Marican. (2009). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Prentice Hall.

Sari, F. D. P. (2013). Tindak tutur dan fungsi tuturan ekspresif dalam acara Galau Nite di Metro TV: Suatu kajian pragmatik. Journal Universitas Airlangga, 1(2), 1-13.

Shahrul Nazmi Sannusi, Fauziah Ibrahim, Azianura Hani Shaari, & Nasrudin Subhi. (2019). Penggunaan media sosial dalam kalangan remaja B40 di sekitar Lembah Klang. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(4), 101-118.

Searle, J. R. (1969). Speech acts an essay in the philosophy of language. Cambridge: Cambridge University Press.

Searle, J. R. (1976). A classification of illocutionary acts. Language in Society, 5(1), 1-23.

Searle, J. R. (1979). Expression and meaning: Studies in the theory of speech acts. Cambridge: Cambridge University Press.

Searle, J. R. (1990). Falsafah bahasa (Terj. Azhar M. Simin). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Watts, R. J. (1981). The pragmalinguistic analysis of narrative texts. Tubigen: Gunter Narr Verlag.

Wilson, D., & Sperber, D. (1992). On verbal irony. Lingua, 87(1), 53–76. https://doi.org/10.1016/0024-3841(92)90025-E

Za’ba. (1965). Ilmu mengarang Melayu: Bagi pergunaan guru-guru dan murid-murid darjah tinggi di sekolah menengah dan penuntut-penuntut di Maktab Latehan Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528