Trend Ganti Nama Diri Bahasa Melayu dalam Konteks Media Sosial
Abstract
Kajian ini meneliti trend penggunaan kata ganti nama diri dalam kalangan pengguna media sosial. Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan dalam komunikasi untuk menggantikan nama orang yang melibatkan penutur, pendengar dan sasaran. Kata ganti nama diri terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama (saya, aku), kata ganti nama diri orang kedua (awak, engkau) dan kata ganti nama diri orang ketiga (mereka, ia). Dalam apa jua bentuk media komunikasi, kata ganti nama diri akan muncul dalam komunikasi. Ini kerana penutur memberi rujukan kepada pendengar dan pendengar memproses maklumat yang telah disampaikan mengenai sasaran untuk membentuk satu perbualan. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai mewakili medium komunikasi dalam media sosial untuk mendapatkan data kata ganti nama diri. Aplikasi WhatsApp yang digunakan dalam telefon pintar dipilih sebagai sumber data memandangkan medium ini semakin popular dalam masyarakat kini. Analisis kata ganti nama diri menggunakan Tatabahasa Dewan (2008) sebagai asas panduan pengkaji. Kajian ini mendapati empat bentuk kata ganti nama diri digunakan dalam perbualan pengguna WhatsApp iaitu kata ganti nama diri pertama (penutur), kata ganti nama diri kedua (pendengar), kata ganti nama diri ketiga (sasaran) dan kata ganti nama diri kosong. Kajian juga mendapati tiga bentuk kata ganti diri yang menjadi trend dalam aplikasi WhatsApp iaitu kata ganti nama diri singkatan, kata ganti nama diri dialek dan kata ganti nama diri kontemporari. Dalam konteks komunikasi yang melibatkan rakan sebaya dan berlaku dalam situasi tidak formal, penggunaan kata ganti nama diri dipengaruhi oleh faktor kemesraan dan kesesuaian.
Kata kunci: Trend, kata ganti nama diri, media sosial, komunikasi, aplikasi WhatsApp
The Trend of Malay Personal Pronouns in the Context of Social Media
This study examines the trend of using personal pronouns in social media users. A pronoun is the word used in communication to replace a person's name involving speakers, listeners and targets. The pronoun consists of the first personal pronouns (me, me), the second personal pronouns (you, you) and the third pronouns (they, it). In any form of communication media, personal pronouns will appear in communication. This is because the speaker provides reference to listeners and the listeners process the information that has been communicated about the target to form a conversation. Accordingly, this study will use the WhatsApp Messenger application as representing the medium of communication in social media to obtain the pronoun data. WhatsApp applications used in smartphones are selected as data sources as the medium is increasingly popular in today's society. Analysis of pronouns will be using Tatabahasa Dewan (2008) as the guide for the researcher. The study found that four forms of personal pronouns were used in WhatsApp users' conversations, namely the first pronouns (speakers), second personal pronouns (listener), third-person pronouns (target) and empty pronouns. The study also found three forms of personal pronounciation that became a trend in WhatsApp application namely abbreviation pronoun, dialect pronoun and contemporary pronoun. In the context of communication involving peers and prevailing in an informal situation, the use of personal pronouns is influenced by the intimacy and relevance factor.
Keywords: Trend, personal pronouns, social media, communication, WhatsApp application
Full Text:
PDFReferences
A s m a h H j . O m a r. ( 2 0 0 9 ) N a h u M e l a y u m u t a k h i r . E d i s i K e l i m a .
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Awang Sariyan. (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://234789.weebly.com/pengenalan.html. Tarikh akses 4 Mei 2017.
Azrizan Abu Bakar & Karim Harun. (2015). Penggunaan kata ganti nama dialek Kelantan dalam aplikasi WhatsApp. Jurnal Melayu. 14(2). 291-306.
Azizul Halim Yahya. (2017). Pendakwaan kes WhatsApp perlu jelas. 2 Mei 2017.
Liaw Yock Fang & Abdullah Hassan. (1994). Nahu Melayu Moden. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Karim Harun & Maslida Yusof. (2015). Komunikasi bahasa Melayu-Jawa dalam media sosial. Malaysian Journal of Communication. 31(2): 617-629
Mohd Azul Mohamad Salleh & Nurul Madiha Mohd Ilham. (2017). Pengalaman dan kesedaran pengguna dewasa terhadap isu pengawasan di media sosial. Malaysian Journal of Communication. 33(1): 502-514
Nik Safiah Karim, farid M.Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. ( 2008). Tatabahasa dewan. Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim. (2012). Kesantunan berbahasa dalam konteks pekerjaan: Perspektif penggunaan kata ganti nama. Dalam. Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar & Maslida Yusof. Prinsip dan aplikasi kesantunan berbahasa. 131- 148. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ryan, M. (ed). (1999). Cyberspace Textuality, Computer Technology and Literary Theory. Bloomington and Indianapolis: Indiana University Press. Salinah Jaafar & Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali. (2014). Anjakan Paradigma Fungsi Leksikal Akibat Pengaruh Laman Sosial. Prosiding of the 50th Anniversary Celebration International Conferences. HUFS, Seoul, Korea.
Siti Ezaleila Mustafa, Azizah Hamzah. (2012). Media Baharu yang Baharu: Trend Penggunaan Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia. 13 (2).
Supyan Hussin. (2007). Korpus bahasa sms: antara kreativiti dan ancaman kepada bahasa. Dalam. Nor hashimah Jalaludin, Imran Ho Abdullah & Idris Aman (Pnyt).. Linguistik: teori dan aplikasi. Bangi: Penerbitan UKM
Teo Kok Seong. (2004). Ragam bahasa dalam komunikasi elektronik. Pelita bahasa. Jan: 12-15
Wan Amizah Wan Mahmud & Muhammad Adnan Bin Pitchan. (2017). Media Baharu dan Institusi Raja di Malaysia: Kes Penghinaan Raja-raja di Media Sosial. Malaysian Journal of Communication. 33(1) : 406-422
Wilbur, S.P.(2000) “An Archeology of Cyberspaces, Virtuality, Community, Identity” Dalam Bell. D and Kennedy B.M.(eds). The Cybercultures Reader. London: Routledge.
Zaitul Azma Zainon Hamzah (2012), kesantunan dan strategi berbahasa dalam konteks pendidikan. Dalam. Marlyna Maros, Mohammad Fadzeli Jaafar& Maslida Yusof. Prinsip dan aplikasi kesantunan berbahasa. 63- 82. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zulkifley Hamid dan Naidatul Zamrizam Abu, (2013). Memupuk perpaduan di Malaysia - Santun bahasa dalam kalangan murid pelbagai etnik dari aspek penggunaan kata ganti nama diri. GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space . 9 (4): 86 – 98.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
e-ISSN: 2289-1528