Sepet (2005): Sebuah Filem Nasional Malaysia

Fatimah Muhd Shukri, Nur Afifah Vanitha Abdullah

Abstract


Sepet (2005) adalah filem pertama Yasmin Ahmad. Filem ini telah memenangi anugerah di festival filem tempatan dan antarabangsa. Sepet juga telah diangkat sebagai subjek kajian dan dikaji dalam pelbagai konteks oleh para sarjana filem. Namun begitu, setakat ini Sepet masih belum diteliti sebagai sebuah filem nasional Malaysia. Sehubungan itu, persoalan artikel ini adalah, apakah kandungan filem Sepet melayakkannya sebagai sebuah filem nasional Malaysia? Data artikel ini diperoleh daripada penyelidikan asas dengan reka bentuk kajian kualitatif. Analisis kandungan diaplikasikan sebagai kaedah untuk menganalisis bahan kajian dalam artikel jurnal, tesis, akhbar, majalah dan filem Sepet. Selain itu, konsep filem nasional oleh Cooke Lez (1999) diaplikasikan untuk meneliti aspek ikonografi dan pengucapan atau bahasa. Dapatan kajian dalam artikel ini adalah, Sepet layak diangkat sebagai sebuah filem nasional Malaysia. Dari sudut ikonografi, Sepet telah mengemukakan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum sebagai lambang identiti bangsa Malaysia. Ikonografi bangsa Malaysia ini dipaparkan melalui mise-en-scene filem ini dari sisi latar, pakaian dan props yang ditonjolkan sebagai sebahagian daripada ceritanya. Manakala dari sudut bahasa pula, Sepet telah menggunakan bahasa perbualan harian yang digunakan oleh masyarakat Malaysia iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Keistimewaan filem ini adalah penggunaan ketiga-tiga bahasa yang dituturkan sebagai medium komunikasi antara karakter-karakter filem Sepet. Keistimewaan ini adalah identiti utama, terutamanya, dalam mengasingkan filem nasional Malaysia dari filem-filem nasional negara lain. Oleh itu, filem Sepet memiliki suatu identiti khusus, iaitu penggunaan lebih dari satu bahasa dalam melayakkannya sebagai filem nasional Malaysia.

 

Kata kunci: Bahasa, Filem Nasional Malaysia, Ikonografi, Kebudayaan, Sepet (2005).


Full Text:

PDF

References


Abdul Aziz Ittar. (1, November 2005). Sepet menang anugerah lagi. Utusan Malaysia. Diambil dari http://ww1.utusan.com.my

Asiah Sarji. (2006). Malaysian national cinema: An identity crisis?. Jurnal Skrin Malaysia, 3, 143-154.

Badrul Redzuan Abu Hassan. (2006). Sepet: Sisi semantik, sisi sinimatik. Jurnal Skrin Malaysia, 3, 233-246.

Badrul Redzuan Abu Hassan & Faridah Ibrahim. (2011). Membangun ‘sinema sikap’: Memproblematik hubungan kekuasaan Melayu-Tionghua dalam Mukhsin. Jurnal Komunikasi, 27, 137-160.

Barton, R. (2004). Irish national cinema. New York: Routledge, Taylor & Francis Group.

Dasar Pendidikan Kebangsaan. (2012). Kementerian Pelajaran Malaysia: Putrajaya.

Dewan Kesenian Jakarta, GRATIS. (2012). Kineforum tokoh Yasmin

Ahmad.

Fatimah Muhd Shukri. (2014). Dramaturgi filem: Peletakan produk dalam filem-filem Melayu dan Hollywood (Tesis Sarjana).

Farah Azalea Mohamed Al Amin. (2012). Controversies surrounding Malaysian independent female director Yasmin Ahmad’s first film, Sepet. 17th Biennial Conference of the Asian Studies Association of Australia.

Gabriel, T. H. (1982). Third cinema in the third world: The aesthetics of liberation. Michigan: UMI Research Press.

Gray, T. G. (2002). Malaysia sinema and negotiation with modernity: Film and anthropology. Tesis Dr. Fal, Napier University, Edinburgh.

Hanapi Dollah & Ajid Che Kob. (2004). Nyonya Melaka: Pelancongan dan tranformasi budaya Baba. Jurnal Melayu, 1, 115-140.

Harding, J. & Ahmad Sarji. (2011). P. Ramlee the bright star. Kuala Lumpur: MPH Group Printing.

Hassan Abdul Muthalib. (2013). Malaysian cinema in a bottle: A century (and a bit more) of wayang. Selangor: Academe Art & Printing Services.

Hayward, S. (2001). French national cinema. New York: Routledge, Taylor & Francis Group.

Hatta Azad Khan. (1994). The Malay cinema 1948 - 1989 early history and development in the making of national cinema (Tesis Doktor Falsafah).

Hatta Azad Khan. (1997). The Malay cinema. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Heide, W. vd. (2002). Malaysian cinema, Asian film: Border crossings and national cultures. Amsterdam: Amsterdam University Press.

Higson, A. (1989). The concept of national cinema. Screen, 30, 36-47.

Kelvin Ong U-Lin. (1999). Kebudayaan hibrid dalam alam bina Malaysia: Kajian kes masyarakat Baba Nyonya Melaka (Tesis Sarjana).

Khairulzainizah Khairuddin. (2007). Sebuah kajian ilmiah terhadap sinema kebangsaan dan ciri-ciri identiti dalam fielm Malaysia (Tesis Sarjana Muda).

Kho Suet Nie, Chew Chee Khiang, Tan Joon Ling & Chang Peng Kee. (2011). Pembingkaian isu pendidikan di Malaysia oleh sumber berita dan akhbar Cina. Jurnal Komunikasi, 27, 221-238.

Nelmes, J. (Ed.). An introduction to film studies (pp. 348-380). London: Routledge.

Mohd Azhar Ibrahim. (31, Disember 2009). Industri Filem Malaysia. Bernama. Diambil dari http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=465418

Ngo Sheau Shi & Harith Baharudin. (2015). Pemaparan kepelbagaian budaya dan agama dalam filem Muallaf arahan Yasmin Ahmad. Wacana Seni Journal of Arts Discourse, 14, 111-145.

Nik Ammar Syaffian Nik Mohd Fadzil, & Wan Ahmad Abd Hakim Wan Dagang. Mencerna karya Yasmin Ahmad dalam konteks perkahwinan campur di Malaysia.

Noriah Mohamed & Omar Yusoff. (2010). Tinjauan identiti dan bahasa hibrid dalam kalangan Samsam, Baba Nyonya dan Jawi Peranakan di Utara Semenanjung Malaysia. Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation, 28, 35-61.

Norman Yusoff. (2013). Contemporary Malaysian cinema: Genre, gender and temporality (Tesis Doktor Falsafah). Diambil dari https://ses.library.usyd.edu.au/handle/2123/9925

O’Regan, T. (2005). Australian nationa cinema. New York: Routledge.

Oong Hak Ching. (1982). Bahasa Melayu peranakan dan perkembangan penggunaannya dalam masyarakat Cina peranakan sebelum perang dunia kedua. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 11, 107-130.

Ottel. (2014). Koleksi iklan oleh Yasmin Ahmad yang pernah mengusik jiwa rakyat Malaysia. Diambil dari https://amazingnara.com

Rosnah Kassim & Elyna Shukri (Penerbit), & Yasmin Ahmad (Pengarah dan Penulis). (2004). Sepet (Filem). Malaysia: MHz Film.

Street, S. (2005). British national cinema. New York: Taylor & Francis e-Library.

Syaukat, R., & Imanjaya, E. (2011). Film sebagai media sosial marketing: Yasmin Ahmad berjualan ide multikulturalise. HUMANIORA, 2(1), 634-642.

Wanda Idris. (18, Julai 2005). Sepet rangkul enam anugerah. Utusan Malaysia. Diambil dari http://ww1.utusan.com.my

Zhang, Y. (2004). Chinese national cinema. New York: Routledge.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528