Tindak Tutur Perbualan bersama Golongan Badwi dan Ansar: Analisa Strategi Komunikasi Rasulullah

Mohd Faizal Kasmani, Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Rozita Abdullah, Nornajihan Jaafar, Nor Zulaili Mohd Ghazali

Abstract


Teori tindak tutur atau teori “speech act” mengkaji kata-kata yang diucapkan yang dilihat sebagai satu tindakan atau perbuatan. Pada masa yang sama, teori ini juga menyumbang kepada pemahaman penggunaan gaya dan strategi komunikasi. Artikel ini menganalisa perbandingan tindak tutur Nabi Muhammad SAW dengan golongan Badwi dan golongan Ansar. Pertama, sampel pertuturan  Rasulullah, yang diambil daripada Sahih Bukhari, dianalisa menggunakan kategori tindak tutur oleh John Searle untuk melihat bagaimana fungsi pertuturan Rasulullah dengan dua golongan tersebut. Kedua, daya ilokusi Rasulullah dan implikasi pertuturan baginda berdasarkan ungkapan yang dipilih dianalisa untuk mendapatkan corak dan strategi komunikasi terhadap dua golongan tersebut. Analisa menunjukkan bahawa daya ilokusi Nabi Muhammad terhadap kaum Badwi dan Ansar dalam menyampaikan ajaran Islam adalah berbeza. Dapatan berdasarkan teori tindak tutur menunjukkan komunikasi Rasulullah bersama kaum Badwi lebih tertumpu kepada daya ilokusi arahan secara tidak langsung dengan penggunaan kata kiasan yang melambangkan cara komunikasi yang lebih sopan. Manakala ucapan tindak tutur Rasulullah kepada kaum Ansar lebih berbentuk pernyataan dan arahan secara langsung dan daya ilokusi yang lebih ekspresif. Faktor kefahaman dan kesediaan menerima ajaran Islam boleh menerangkan perbezaan pendekatan yang digunakan oleh Rasulullah terhadap kedua-dua golongan ini. Masyarakat Badwi dilihat mempunyai pengetahuan yang amat sedikit atau tiada langsung berkaitan Islam dan tahap penerimaan ajaran Islam dalam kalangan mereka dilihat amat rendah. Berbeza dengan golongan Ansar, mereka sudah melakukan perjanjian angkat sumpah dengan Rasulullah sekaligus menunjukkan kesediaan dan keinginan yang tinggi untuk menerima Islam.

 

Kata kunci: Teori tindak tutur, Rasulullah, komunikasi Islam, hadis, strategi.


Full Text:

PDF

References


Abdul Wahab, M. (2012) Mukhtasar sirah Rasul. Solo: Al-Qowam.

Ahmad, A. (2016). Methodology of hadis comprehension: Interpretation techniques in fiqh al-hadis. Jurnal Hadhari: An International Journal, 8(1), 145-168.

Al-Bukhari (1987). Sahih Al-Bukhari (3rd ed.). Beirut: Dar Ibn Kathir.

Al-Buti, R. (1988). Fiqh sirah (Trans. by Mohd. Darus Sanawi Ali., Vol. 1, 3rd ed.). Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar

Al-‘Umari, A. D. (2013). As-sirah an-nabawiyyah ash-shahihah. Riyadh: Al-‘Ubaikan.

Austin, J. L. (1975). How to do things with words. Oxford: Oxford university press.

Blunt, W. S. (2013). Bedouin tribes of the Euphrates. UK: Routledge.

Burton, J. (1995). Rewriting the timetable of early Islam. Journal of the American Oriental Society, 115(3), 453-462. doi: 10.2307/606222

Donner, F. M. (2014). The early Islamic conquests (Vol. 1017). NJ: Princeton University Press.

El-Sharif, A. (2012). Metaphors we believe by: Islamic doctrine as evoked by the Prophet Muhammad's metaphors. Critical Discourse Studies, 9(3), 231-245.

Esposito, J. L. (1998) Islam: The straight path (first ed., pp. 3-36). Oxford: Oxford University Press.

Esposito, J. L. (Ed.). (2004). The oxford dictionary of Islam. Oxford: Oxford University Press.

Frank, J. (1990). You call that a rhetorical question?: Forms and functions of rhetorical questions in conversation. Journal of Pragmatics, 14(5), 723-738.

Gabriel, R. A. (2011). Muhammad: Islam's first great general (Vol. 11). Oklahoma: University of Oklahoma Press.

Gitay, Y. (1983). Reflections on the study of the Prophetic discourse: The question of Isaiah I 2-20. Vetus Testamentum, 33(Fasc. 2), 207-221.

Hajar, A. A. I. (1959). Fath al Bari bi Sharh al-Bukhari (XII). Beirut: Dar al-Ma’rifah.

Hamid, Z., Zulkifley, M. A., & Abu, N. Z. (2015). Strategi komunikasi dalam kalangan murid pelbagai etnik. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(1).

Hanapi, M. S. (2013). From jahiliyyah to Islamic worldview: In a search of an Islamic educational philosophy. International Journal of Humanities and Social Science, 3(2), 213-221.

Hitti, P. K. (2002). History of the Arabs. UK: Palgrave Macmillan.

Houston, W. (1993). What did the prophets think they were doing? Speech acts and Prophetic discourse in the Old Testament. Biblical Interpretation, 1(2), 167-188.

Ibn Hisham, A. (2000). Al-sirah al-nabawiyah. Jakarta Timur: Darul Falah.

Ibn Ishaq, M. (1995), The life of Muhammad (trans. Guillaume, A.). Oxford: Oxford University Press.

Jones-Pauly, C., & Tuqan, A. D. (2011). Women under Islam: Gender justice and the politics of Islamic law (Vol. 3). London: Ib tauris.

Khel, M. N. K. (1982). Foundation of the Islamic state at Medina and its constitution. Islamic Studies, 21(3), 61-88.

Kaburise, P. (2011). Speech act theory and communication: A univen study. Cambridge: Cambridge Scholars Publishing.

Kahn, T. (2013). Untold: A history of the wives of Prophet Muhammad. NY: Monkfish Book Publishing.

Knysh, A. (2016). Islam in historical perspective. UK: Taylor & Francis.

Leech, G. N. (1983) Principles of pragmatics. London: Longman.

Levinson, P., Brown, P., Levinson, S. C., & Levinson, S. C. (1987). Politeness: Some universals in language usage (Vol. 4). Cambridge: Cambridge university press.

Mawdudi, S. A. (2007). Towards understanding the Quran. Leicester: The Islamic Foundation.

Morgan, D. (2010). Essential Islam: A comprehensive guide to belief and practice. US: ABC-CLIO.

Nicholson, R. A. (2014). Literary history of the Arabs. UK: Routledge.

Pitchan, M. A., Rahman, S. N. H. A., & Kashim, M. I. A. M. (2018). Teori al-daruriyyat dan penggunaan media sosial: Satu perbincangan konsep. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(4).

Qardawi, Y., & Gemea'ah, M. M. (1997). The status of women in Islam. Cairo: Islamic Home Publishing and Distribution.

Randolph, J. R. (2017). Salvation and speech act. Reading Luther with the Aid of Searle’s Analysis of Declarations. Perichoresis, 15(1), 101-116.

Saleh, F. (2001). Modern trends in Islamic theological discourse in 20th century Indonesia: A Critical Survey (Vol. 79). Netherlands: Brill.

Searle, J. R. (1969). Speech acts: An essay in the philosophy of language (Vol. 626). Cambridge: Cambridge university press.

Searle, J. R. (1983). Intentionality: An essay in the philosophy of mind. Cambridge: Cambridge university press.

Searle, J. R. (1985). Expression and meaning: Studies in the theory of speech acts. Cambridge: Cambridge University Press.

The Hadith (a): (Sahih Bukhari, Book 24, Hadis Number 3).

The Hadith (b): (Sahih Bukhari, Book 3, Hadis Number 1).

The Hadith (c): (Sahih Bukhari, Book 65, Hadis Number 4777).

The Hadith (d): (Sahih al-Bukhari, Book 4, Hadis Number 85).

The Hadith (e): (Sunan Ibn Majah , Book 1, Hadis Number 529).

The Hadith (f): (Sahih Muslim, Book 2, Hadis Number 127).

The Hadith (g): (Sahih Bukhari, Book 78, Hadis Number 152).

The Hadith (h): (Sahih Bukhari, Book 96, Hadis Number 45).

The Hadith (i): (Sahih Bukhari, Book 45, Hadis Number 14).

The Hadith (j): n.d (Sahih Bukhari, Book 6, Hadis Number 20).

The Hadith (k): n.d (Sahih Bukhari, Book 60, Hadis Number 3).

The Hadith (l): n.d (Sahih Bukhari, Book 67, Hadis Number 139).

The Hadith (m): n.d (Sahih Bukhari, Book 23, Hadis Number 21).

The Hadith (n): n.d (Sahih Bukhari, Book 63, Hadis Number 17).

The Hadith (o): n.d (Sahih Bukhari, Book 63, Hadis Number 3).

Thomas, J. (1995). Meaning in interaction. London: Longman.

Watt, W. M. (1956). Muhammad at Medina. Oxford, UK: Clarendon Press.

Wibowo, A. H. (2018). The language of media supporting peace journalism. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(3).

Yusof, M., & Harun, K. (2015). Analisis lakuan tutur dalam ruangan status Facebook. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2).

Zainal, M. Z., Musanif, A. M., & Mydin, A. A. (2018). Makna penutur bagi ujaran tak langsung dalam skrip drama Bahasa Melayu. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(2).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528