Strategi Komunikasi Penjenayah Cinta Siber Terhadap Wanita Profesional

Khadijah Alavi, Maizatul Haizan Mahbob, Mohammad Syahrul Azha Sooed

Abstract


Ancaman jenayah Penipuan Pencintaan (Love Scam) merupakan jenayah siber atau komersil yang mensasarkan wanita terutamanya wanita profesional hingga mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada mangsa dan negara. Kajian ini meneroka faktor keterlibatan mangsa dan strategi komunikasi yang digunakan oleh scammer dalam proses penipuan. Kajian dijalankan secara temu bual mendalam ke atas pihak polis dan pekerja sosial dalam menangani isu Love Scam. Kajian ini dijalankan di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di Selangor. Seramai lima responden iaitu mangsa Love Scam telah ditemuduga dengan bantuan anggota polis dari IPPD yang mengendalikan kes jenayah komersil ini. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian mendapati mangsa terjebak dengan Love Scam dalam laman sosial disebabkan beberapa faktor iaitu layanan baik daripada pelaku, sosialisasi, capaian internet yang mudah dan tekanan dalam diri mangsa. Strategi komunikasi yang sering digunakan pelaku untuk memerangkap mangsa adalah melalui penipuan profil, janji manis palsu, penghantaran bungkusan dan menyamar sebagai wakil agensi percukaian. Perkhidmatan sedia ada pihak polis hanya mengambil laporan bertulis daripada mangsa yang sedang trauma. Kebarangkalian penggunaan sihir dan pukau dalam talian menyukarkan mangsa untuk melindungi diri daripada ditipu. Dicadangkan kajian masa depan meneroka hubungan pukau, hipnosis, sihir yang diaplikasikan melalui ancaman kejuruteraan sosial (social engineering attack). Kajian ini mencadangkan bahawa pihak polis perlu bekerjasama dengan pekerja sosial dalam menyediakan perkhidmatan intervensi krisis, konsultasi membantu trauma mangsa dan menyediakan perkhidmatan psikososial bagi memberi kesedaran dan advokasi dalam menangani isu Love Scam.

 

Kata kunci: Jenayah siber, penipuan cinta, strategi komunikasi, wanita, profesional.


Full Text:

PDF

References


Ahmad Safwan Hamsi, Farrah Diana Saiful Bahry, Siti Noraini Mohd. Tobi, & Maslin Masrom. (2015). Cybercrime over internet love scams in Malaysia: A discussion on the theoretical perspective, connecting factors and key to the problem. Journal of Management Research, 7(2).

Ali Salman, & Siti Minanda Pulungan. (2017). Pendedahan diri, motivasi dan kepuasan penggunaan Facebook dalam menjalin persahabatan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 438-459.

Azianura Hani Shaari, Mohammad Rahim Kamaluddin, Wan Fariza Paizi@Fauzi, & Manizah Mohd. (2019). Online-dating romance scam in Malaysia: An analysis of online conversations between scammers and victims. GEMA Online® Journal of Language Studies, 19(1), 97-115.

Coluccia, A., Pozza, A., Ferretti, F., Carabellese, F., Masti, A., & Gualtieri, G. (2020). Online romance scams: Relational dynamics and psychological characteristics of the victims and scammers. A scoping review. Clinical Practice and Epidemiology in Mental Health, 16, 24-35. http://dx.doi.org/10.2174/1745017902016010024

Hamburger, Y. A., & Ben-Artzi, E. (2003). Loneliness internet use. Computers in Human Behavior, 19, 71-80.

Hadnagy, C. (2011). Social engineering: The art of human hacking. Canada: Wiley Publishing.

Lawson, H. M., & Leck, K. (2006). Dynamics of internet dating. Social Science Computer Review, 24, 662-676.

Lee Hui Er, Normah Mustaffa, & Ali Salman. (2014). Faktor-faktor yang mempengaruhi remaja Lembah Klang untuk terus membaca dan membeli melalui pengiklanan Facebook. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 30(1), 220-241.

Jabatan Pengguna New Zealand. (2006, June 15). Diperoleh dari www.westernunion.co.nz/.../romance-scam-awareness

Kamus Dewan. (2013). Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia

Khalid K. (2019). Penipuan cinta di media sosial makin menjadi di Malaysia. Diperoleh pada Februari 7, 2020, dari https://socialmediamalaysia.my/blog/2019/08/12/media-sosial

Koop, C., Sillitoe, J., Gondal, I., & Layton, R. (2016). The online romance scam: A complex two -layer scam. Journal of Psychological and Educational Research, 24(2), 144-161.

Muhammad Adnan Pitchan, Siti Zobidah Omar, & Akmar Hayati Ahmad Ghazali. (2019). Amalan keselamatan siber pengguna internet terhadap buli siber, pornografi, e-mel phishing dan pembelian dalam talian. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(3), 212-227. https://www.doi.org/10.17576/JKMJC-2019-3503-13

Norazlina Zainal Abidin, Mohammad Rahim Kamaluddin, Azianura Hani Shaari, Norazura Din, & Saravanan Ramasamy. (2018). Pengetahuan dan amalan perlindungan pengguna Facebook wanita terhadap penipuan cinta di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(4), 113-133. https://www.doi.org/10.17576/JKMJC-2018-3404-07

New Straits Times. (2013, Feb 18). Cyber security Malaysia. Online love scams are growing. Heed the advice of Cybersecurity Malaysia. Diperoleh pada Jun 20, 2016, dari http://www.cybersecurity.my/en/knowledge_bank/news/2013

Rege, A. (2009). What’s love got to do with It? Exploring online dating scams and identity fraud. International Journal of Cyber Criminology, 3(2), 494-512.

Rozmi Ismail. (2011). Psikologi sosial. Bangi: Penerbit UKM. Bangi, Selangor.

Sundramoorthy P. (2011, November 8). Buta cinta punca wanita diperbodohkan. Utusan Online. Diperoleh dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm

Shazli Ezzat Ghazali, Roosfa Hashim, Ponnusamy Subramaniam, Normah Che Din, & Mahadir Ahmad. (2011). Faktor-faktor mempengaruhi amalan bersembang dalam kalangan wanita Melayu dewasa awal: Satu kajian awal. MALIM: SEA Journal of General Study, 12, 121-127.

Sinar Harian. (2013, April 8).

KKMM. (2019). Teks ucapan Dato’ Dr Mohd Ali Mohamad Nor. Taklimat kesedaran pencegahan jenayah siber dan antipemerdagangan orang. Diperoleh dari https://www.kkmm.gov.my/pdf/ucapan/2019/190307-JENAYAHSIBER.pdf

The Straits Times. (2016, Mac 27).

Utusan Malaysia. (2014, Mei 5).

Utusan Malaysia. (2014, Mei 6).

Utusan Malaysia. (2016, Mac 12).

Whitty, M. T., & Buchanan, T. (2016). The online dating romance scam: The psychological impact on victims–both financial and non-financial. Criminology and Criminal Justice, 16(2), 176-194.

Yong, S. W. (2007). Persepsi orang awam terhadap cinta siber (Latihan Ilmiah Sarjana Muda, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia).

Zeti Azreen Ahmad. (2019). Embracing social media: The change and disruption to public relations practices in Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(1), 319-337. https://www.doi.org/10.17576/JKMJC-2019-3501-21

Zulkufli Ismail, & Azmi Aziz. (2019). Jenayah cinta siber di Malaysia: Suatu penelitian terhadap pengalaman mangsa. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 16(4), 1-10.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528