Daun sebagai Wahana Komunikasi dalam Kesusasteraan Melayu

Siti Dahlia Abdullah, Mawar Safei, Tuan Rusmawati Raja Hassan

Abstract


Komunikasi manusia Melayu dengan alam sangat akrab dan ia sering menjadi ilham dalam pengkaryaan. Ilham itu juga membentuk satu jaringan komunikasi yang tersendiri antara penulis dengan pembaca. Masyarakat Melayu termasuk masyarakat Mandailing memiliki bentuk komunikasi yang tersendiri terkait dengan alam sekitar khasnya pepohonan dan tumpuan terhadap jenis daun. Hata bulung-bulung atau bahasa daun-daunan digunakan mereka untuk tujuan komunikasi soal emosi yang ada hubungan dengan bunyi nama daun yang digunakan. Kajian ini meninjau hasil karya sastera Melayu yang terkait dengan bentuk “komunikasi daun” dengan memanfaatkan kerangka intertekstualiti. Dasar fahaman intertekstualiti yang digagaskan awal oleh Mikhail Mikhailovich Bakhtin dan Julia Kristeva adalah komunikasi antara teks. Beberapa prinsip intertekstualiti seperti ekspansi, transformasi dan parallel, dipertimbangkan dalam melihat dua karya sastera Melayu yang memanfaatkan komunikasi daun seperti dalam cerpen “Tamsil Daun” (2012) oleh Mawar Safei dan novel Daun (2008) oleh Malim Ghozali Pk. Cerpen “Tamsil Daun” mengajukan bentuk komunikasi daun sebagai pernyataan makna kepatuhan dalam permasalahan penutupan aurat. Sementara novel Daun memaparkan pertelingkahan sahsiah dan sosial yang kemudiannya sangat terkait dengan jiwa manusia Melayu yang peka dengan perubahan persekitarannya. Jelas kedua-dua pengarang menerapkan bentuk komunikasi daun sebagai pengucapan pemikiran mereka dalam karya yang dihasilkan kerana ia mempunyai gandingan komunikasi manusia dengan alam.

 

Kata kunci: Bahasa Mandailing, daun, hata bulung-bulung, komunikasi, sastera Melayu.


Full Text:

PDF

References


Abdullah @ Alwi Hj. Hassan. (1996). The administration of Islamic law in Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-Bukhari. (1987). Sahih Al-Bukhari. Beirut: Dar Ibn Kathir.

Biagi, S. (2015). Media/impact: An introduction to mass media (11th ed). Boston: Cengage Learning.

Budi Darma. (2010). Pemikiran Malim Ghozali Pk. Dlm., Novel Daun dan kumpulan cerpen Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir!. Forum Sastera Serumpun di Universiti Negeri Jakarta (UNJ) Kampus Rawamangun, Jakarta.

Darwin, C. (1872). The expression of the emotions in man and animals. London: John Murray. Retrieved from http://darwin- online.org.uk/content/frameset?itemID=F1142&viewtype=text&pageseq=1

Editor Malaysia. (2020, Sept 23). 17 inti pati pengumuman “Kerajaan Anwar”. Retrieved from https://www.editormalaysia.com/11127/17/92020

Fazida Hj. Othman. (2007). Elemen-elemen alam sekitar dalam karya-karya terpilih Shahnon Ahmad. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam Selangor, 10, 90-102.

Ghazali Din. (2019). Naluri kemasyarakatan dalam penciptaan kumpulan cerpen Song of September karya Malim Ghozali PK. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu (RUMPUN), 7(Januari), 217-246.

Giles, H., & Powesland, P. F. (1975). Speech style and social evaluation. London: Academic Press.

Hamka. (2015). Tafsir al Azhar. Jakarta: Gema Insani.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional: Satu perbincangan genre dan fungsi. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasmawani Muhammad. (2012). Konflik intrapersonal dan interpersonal dalam Daun. Bangi: Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ibn Kathir, M. A. (2011). Tafsir Ibn Katsir (Abdul Ghoffar & Abu Ihsan, terj.). Jakarta: Pustaka Imam Syafie.

Ibrahim Najaib Muhammad Iwad. (1975). Al-Qada fi Al-Islam. Kahirah: Majma’ Al-Bunuth Al Islamiyyah.

Khairul Azhar Meerangani. (2019). Peranan ulama dalam penyebaran ajaran Islam di Pulau Besar, Melaka. Jurnal Al-Tamaddun, 14(2), 65-74.

Maharam Mamat. (2005). Isu-isu alam sekitar dalam sastera: Analisis novel Ramlee Awang Murshid. Jurnal Pengajian Melayu, 15, 86-120.

Maharam Mamat. (2015). Etika alam sekitar dalam novel Jong Chian Lai dari perspektif pribumi. Jurnal Melayu, 14(2), 171-189.

Mana Sikana. (2013). Daun karya Malim Ghozali PK: Magis Melayu pascamoden dlm Berdiri Di Akar Diri: Kritikan sastera Melayu moden. Kuala Lumpur: Penerbit Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM).

Mawar Safei. (2012). Tamsil daun. Dewan Siswa. Ogos: 14-17.

Mawar Safei. (2015). Dan coklat mengalir dari ruang buncah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mawar Safei, & Tuan Rusmawati. (2015). Konflik komunikasi dari “Bercak” ke Menongkah Arus karya Azmah Nordin. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Comunication, 31(2), 169-182.

Mawar Safei, & Nisah Haron. (2017). Bagaimana saya menulis. Kuala Lumpur: DBP.

Malim Ghozali PK. (2008). Daun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malim Ghozali. (2008). Hujan di limun angin. Petaling Jaya: Seladang Ventures.

Mohd Kamel Mat Salleh, Mohd Al-Adib Samuri, & Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. (2016). Kedudukan fatwa dan pendapat mufti sebagai autoriti di Mahkamah Syariah Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 1(1), 1-25.

Mohd Pozi Hj Masurori. (2004). Hikayat Syah Kobat: Analisis struktur dan intertekstualiti (Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia).

Muhammad Haji Salleh. (2002). Malay Poetry. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Norizam Jamian, & Saiful Bahri Md. Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi massa: Suatu Analisis. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 31(2), 183-194.

Muslim, A. H. (n.d.). Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya Al-Thurath Al-Araby.

Nooh Gadot. (2005). Kedudukan dan Peranan Fatwa dalam Perlaksanaan Undang-Undang Syariah di Malaysia. Dlm. Siti Shamsiah Md Supi (pnyt.). Asas dan Kerangka Perundangan Negara Islam – Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Noresah Baharom (Ed.). (2005). Kamus dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Amirah Basiran, Nur Syazana Mohd Saberi, & Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Ajaran dan kepercayaan agama Islam. Prosiding Seminar Tamadun 2012 di Marbawy Hall, Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia (hlm. 175-194).

Pamusuk Eneste. (2009). Proses kreatif: Mengapa dan bagaimana saya mengarang. Jakarta: Gramedia.

Parker, A. (2013). The creative process: Short story. California: Smashwords.

Putri Nasution. (2015). Entitas metafora leksikon flora Mandailing terhadap kebudayaannya. Ranah: Jurnal Kajian Bahasa, 4(2), 200.

Rogers, E. M., & Kincaid, D. L. (1981). Communication networks: Toward a new paradigm for research. New York: Free Press.

Saravanan P. Veeramuthu. (2017). Alam dan kehidupan bandar dalam kumpulan cerpen keinginan kecil di celah daun. Journal of Education and Social Sciences, 8(1: October), 10-17.

Triana, H. W. (2012). Strategi komunikasi antara budaya Minangkabau-Mandailing: Analisis terhadap interaksi sosial komuniti kampus. Jurnal Bahasa, 12(2), 239-255.

Turow, J. (2010). Media today: An introduction to mass communication. New York: Routledge.

Wikipedia. (t.th.). Fatwa. Retrieved from https://ms.wikipedia.org/wiki/Fatwa#cite_note-:2-617/9/2020

Wikipedia. (t.th.). Orang Melayu Malaysia 17/9/2020. Retrieved from https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Melayu_Malaysia17/9/2020

Yusmilayati Yunos. (2015). Petua dan tanda sebagai alat komunikasi dalam budaya masyarakat Jawa. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 3(2), 279-298.

Za’aba (Zainal Abidin bin Ahmad). (1934). Pelita mengarang: Ilmu mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zurinah Hassan. (2010). Unsur alam dan puisi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528