Kesan Pelaksanaan Pusat Internet Desa ke atas Penduduk Luar Bandar di Beranang dan Tanjung Sepat

Muhammad Adnan Pitchan, Sharifah Nur Azita Syed Anuwa

Abstract


Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah terbukti berupaya membantu memudahkan aktiviti harian yang dahulunya dijalankan secara manual berubah ke arah yang lebih produktif. Tidak dinafikan teknologi ini turut mengubah gaya hidup masyarakat. Pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan penduduk di Malaysia sama ada di kawasan bandar atau luar bandar seiring menguasai teknologi ICT termasuklah melalui Pusat Internet Desa (PID) Beranang dan PID Tanjung Sepat. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu untuk mengetahui kesan pelaksanaan PID ke atas penduduk luar bandar, serta melihat cadangan penambahbaikan pelaksanaan PID ke atas penduduk luar bandar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temu bual mendalam bersama penggubal dasar di KKMM dan pelaksana dasar iaitu penyelia yang bertugas di PID serta kumpulan fokus yang melibatkan 28 orang pengguna PID bagi pengumpulan data. Hasil kajian ini mendapati pelaksanaan PID sememangnya berkesan untuk memajukan penduduk luar bandar. Para pengguna memperoleh kepuasan yang begitu tinggi terutamanya bagi aspek ekonomi. Namun begitu, aspek fasiliti yang terhad mengganggu kepuasan pengguna untuk menggunakan PID ini. Hal ini kerana, keluasan PID yang sempit dan jumlah komputer yang terhad mengganggu keselesaan pengguna. Aktiviti hebahan mengenai pelbagai program PID ini turut perlu dipertingkatkan kerana masih ramai penduduk luar bandar yang beranggapan PID ini hanyalah tempat untuk mengakses internet sahaja.

 

Kata kunci: Teknologi maklumat, dasar, pusat Internet desa, luar bandar, digital.

 

https://doi.org/10.17576/JKMJC-2021-3704-05


Full Text:

PDF

References


Hishammuddin. (2011, 17 Februari). Jabatan Imigresen laksana program transformasi untuk tingkat kecekapan. Mstar Online. diakses pada 25 Disember 2021, https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/02/17/jabatan-imigresen-laksana-program-transformasi-untuk-tingkat-kecekapan

Kembauw. (2020). Manajemen sumber daya manusia. Widina Bhakti Persada Bandung.

KKMM.(2020). Perkhidmatan di PID. http://www.internetdesa.my/index.html

Michailidis, A., Partalidou, M., Nastis, S. A., Papadaki-Klavdianou, A., & Charatsari, C. (2011). Who goes online? Evidence of internet use patterns from rural Greece. Telecommunications Policy, 35(4), 333-343. https://doi.org/djvpf2

Muhammad Adnan Pitchan, Siti Zobidah Omar, Jusang Bolong, & Akmar Hayati Ahmad Ghazali. (2017). Analisis keselamatan siber dari perspektif persekitaran sosial: Kajian terhadap pengguna Internet di Lembah Klang. Journal of Social Sciences and Humanities, 12(2).

PNUD (United Nations Development Program, UNDP). (2008). Rural development in Chile: Six million people on new roads.

Priyadharma, S. (2021). Internet and social change in rural Indonesia: From development communication to communication development in decentralized Indonesia. Springer: Bandung.

Rivera, J., Lima, J. L., & Castillo, E. (2014). Fifth survey on access, use, users and pay disposition of Internet in urban and rural areas in Chile. Santiago: University of Chile.

Sharan. (2019). Qualitative research in practice: Examples for discussion and analysis. Jossey-Bass.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2020). Internet users survey. https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/IUS-2020-Report.pdf

Syafila Kamarudin, & Siti Zobidah Omar. (2021). Faktor peramal penerimaan perkhidmatan e-kerajaan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 37(1), 1-27.

Zang L. (Ed.). (2019). Does computer penetration increase farmers’ income? An empirical study from China. In, Re-understanding of contemporary Chinese political development. Springer: Singapore.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


e-ISSN: 2289-1528