KESEDARAN TERHADAP ISU PENGAWASAN SEWAKTU MENGGUNA APLIKASI MEDIA SOSIAL (Awareness towards the issue of surveilance in using Social Media applications)

Mohd Azul Mohamad Salleh, Ali Salman, Nurul Madiha Mohd Ilham

Abstract


Teknologi Web 2.0 memberi impak yang signifikan dalam pembangunan teknologi komunikasi dan aplikasi Web yang lebih mesra pengguna. Revolusi perkakasan teknologi komunikasi juga merancakkan lagi pembangunan aplikasi jaringan sosial yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan lebih mudah dan cepat. Pembangunan aplikasi media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan Twitter ini memberi kesan kepada pengguna dalam pelbagai aspek seperti pengawasan sosial. Tujuan kajian ini adalah untuk membincangkan kesedaran dan kefahaman pengguna terhadap pengawasan sosial melalui aplikasi media sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah temubual mendalam dan kumpulan fokus. Hasil kajian mendapati pengguna mempunyai kesedaran terhadap kepentingan dan impak media sosial. Kajian juga mendapati, mereka juga menggunakan media sosial untuk mengawasi maklumat yang dikongsi oleh rakan bagi mendapat maklumat yang terkin dan sebagainya. Selain itu, pengguna juga sedar kepentingan literasi tentang keselamatan dan privasi apabila berkongsi maklumat peribadi mereka dalam media sosial. Oleh itu, kajian ini akan menilai dalam skop yang lebih besar melalui kaedah kuantitatif pada masa hadapan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia