WACANA SIMBIOSIS PEMBANGUNAN MAPAN PELBAGAI DIMENSI NEGERI PAHANG (Symbiosis Discourse on Multidimensional Established Development of Pahang State)
Abstract
Pembangunan dalam era moden difahami berasaskan kadar pertumbuhan fizikal, ekonomi dan kemajuan manusia. Kemerosotan alam sekitar impak daripada pembangunan era moden diperbaiki melalui idea-idea pembangunan mampan (lestari atau sustainable) sama ada mengguna pengetahuan kolonial atau mengambil kira kearifan lokal. Perbincangan ini menyentuh isu pembangunan lestari yang perlu dikembang pemahamannya dan tidak hanya berlingkar dalam hal-hal alam sekitar. Pembangunan mampan sepatutnya mengambil kira semua aspek pembangunan sama ada pembangunan fizikal, ekonomi dan pembangunan manusia. Pembangunan mampan bukan sahaja bertujuan untuk `lestari’ pembangunan fizikal, ekonomi, manusia dan budaya, tetapi seharusnya menuju kepada pembangunan mapan (cita sempurna atau established). Pembangunan mapan boleh sahaja bersifat tesis, anti-tesis dan sintesis di antara sumber ilmu kolonial dengan ilmu kearifan lokal. Menjadi harapan hasil perbincangan ini matlamat utama pembangunan mapan dapat sederap dengan pembangunan mampan sebagaimana yang difahami menurut sintesis antara ilmu kolonial dengan kearifan lokal.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia