DIDAKTIK DAN KETATANEGARAAN DALAM HIKAYAT ISMA YATIM (“Didaktik And Ketatanegaraan” In The Hikayat Isma Yatim)

Ayu Nor Azilah Mohamad, Rohaini Amin

Abstract


Hikayat Isma Yatim ialah sebuah manuskrip Melayu. Naskhah-naskhahnya terdapat di Jakarta, Leiden dan London. Di Great Britain sahaja terdapat sekurang-kurangnya sepuluh versi Hikayat Isma Yatim yang telah disalin oleh pengumpul-pengumpul manuskrip Melayu seperti Anderson, Crawfurd, John Leyden, Marsden, Raffles dan Valentijn. Penyalinan hikayat ini telah berlaku seawal-awalnya antara tahun 1676 hingga 1718 hingga tahun 1849. Berdasarkan tiga naskhah Hikayat Isma Yatim yang diperoleh, salah satunya dipilih untuk dijadikan teks dasar. Pemilihan ini berdasarkan beberapa keistimewaan teks tersebut antaranya ialah isi ceritanya lebih panjang kerana beberapa peristiwa yang tiada dalam naskhah lain dan lebih lengkap berbanding dengan dua naskhah yang lain. Roorda van Eysinga menyatakan bahawa hikayat ini ialah “syarat segala raja-raja dan menteri dan hulubalang dan sekaliannya.” Untuk itu, fokus perbincangan artikel ini ialah untuk melihat isi kandungan teks tersebut khususnya berkaitan dengan unsur didaktik dan ketatanegaraan. Apatah lagi timbulnya persoalan dikatakan hikayat ini dikatakan dikarang untuk golongan istana sahaja dan bagaimana Isma Yatim yang merupakan rakyat biasa boleh menjadi seorang yang penting dalam pentadbiran negara. Kesemua ini dianalisis selepas pembacaan dengan mengemukakan kewajaran berdasarkan manuskrip Hikayat Isma Yatim . Hal ini penting demi kelangsungan hubungan antara pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira darjat dan keturunan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia