MEMBINA KETERANGAN: PEMERIKSAAN UTAMA SEBAGAI TITIK PERMULAAN *

NORAINI IBRAHIM

Abstract


Ciri utama sistem adversari yang diamalkan di mahkamah di Malaysia ialah pemerolehan
keterangan melalui satu wacana proses pemeriksaan lisan. Proses ini melibatkan tiga jenis
pemeriksaan. Pemeriksaan utama dikendalikan oleh pihak pemanggil, manakala
pemeriksaan balas dilakukan oleh pihak lawan. Jika perlu, pemeriksaan semula diadakan
oleh pihak pemanggil untuk ‘membetulkan’ keterangan yang rapuh hasil dari
pemeriksaan balas pihak lawan. Pemeriksaan para saksi yang dipanggil ke mahkamah
dijalankan dalam bentuk soal-jawab sesuai dengan prosedur undang-undang. Soalan
diberikan oleh peguam dan jawapan disempurnakan oleh saksi. Justeru itu saksi terpilih
yang dipanggil akan membantu membina dan seterusnya mengukuhkan versi pihak
pemanggil melalui beberapa strategi. Makalah ini yang berteraskan satu kajian kes
jenayah di Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Kuala Lumpur, akan menggaris dan
membincang beberapa strategi yang digunakan oleh peguam dalam pemeriksaan utama
saksi pakar dalam usaha membina satu versi naratif yang boleh dipercayai.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia