KANDUNGAN KARBON ORGANIK DAN STOK KARBON DALAM TANIH GAMBUT, PERSEKITARAN PERTANIAN KELAPA SAWIT, KUALA LANGAT SELATAN, SELANGOR (Organic Carbon Content and Carbon Stock in Peat Soil of Oil Palm Plantation Environment, Kuala Langat Selatan, Selangor)

Sahibin Abd. Rahim, Zulfahmi Ali Rahman, Mohd Nizam Mohd Said, Wan Mohd Razi Idris, Tukimat Lihan, Lee Yook Heng, Tajudin Mahmud, Cho Wai Keat

Abstract


Kajian telah dijalankan untuk menentukan kandungan karbon dan stok karbon dalam tanih gambut di
kawasan penanaman kelapa sawit di Kampung Tumbuk Darat, Kuala Langat Selatan, Selangor.
Sampel tanih gambut telah diambil berdasarkan persampelan dalam plot satu hektar yang telah
dibahagikan kepada 16 subplot bersaiz 25x25m. Kajian telah dilakukan pada 20hb Disember 2008.
Persampelan telah dilakukan di semua subplot mengikut kedalaman hingga ke tanih mineral.
Kandungan karbon organik tanih ditentukan berdasarkan Kaedah Walkley & Black. Penentuan pH
dalam tanih: air suling dan pH dalam tanih: KCl dijalankan berdasarkan nisbah 1:2.5 bagi tanih dan
air. Kekonduksian elektrik ditentukan di dalam hasil ekstrak gipsum tepu. Kandungan asid humik dan
asid fulvik ditentukan dengan kaedah pengasingan molekul asas. Purata nilai kekonduksian elektrik
adalah dari 2.50 mScm-1 hingga 2.78 mScm-1. Nilai kekonduksian elektrik meningkat mengikut
kedalaman. Purata nilai pH:air suling dan pH:KCl adalah masing-masing dari 3.36 hingga 3.59 dan
2.91 hingga 3.09. Purata nilai pH dalam KCl meningkat sedikit mengikut kedalaman. Purata
kandungan karbon organik di dalam tanih berjulat dari 38.25% hingga 42.49%, dengan kandungannya
berkurang mengikut kedalaman. Bagi asid humik dan asid fulvik, purata kandungannya masingmasing
adalah dari 3.29 hingga 4.24% dan dari 1.10 hingga 2.61%. Purata kandungan kedua-dua jenis
asid organik ini berkurangan mengikut kedalaman. Berat tanih yang dikira dalam satu hektar pada
kedalaman 80 cm dan mempunyai ketumpatan pukal 0.26 g/cm3 adalah 2080 tan/ha, manakala stok
karbonnya adalah 872.72 tan/ha.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia