PERANAN TEORI PSIKOLINGUISTIK DALAM PEMURNIAN DAN PEMERKASAAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA (The role of psycholinguistic theory in refining and strengthening of the Malay language education in Malaysia)

Zulkifli Hamid

Abstract


Makalah ini membicarakan dua bidang utama dalam disiplin linguistik, iaitu psikolinguistik dan
pendidikan bahasa. Kita akan melihat bagaimana teori dan dapatan kajian dalam bidang psikolinguistik
dapat diterapkan dalam bidang pendidikan bahasa, khususnya pendidikan bahasa Melayu di Malaysia.
Penerapan teori dan dapatan kajian dalam bidang psikolinguistik ini melibatkan kedua-dua tahap dalam
proses pendidikan bahasa, tahap perancangan dan pelaksanaan sesuatu program pendidikan bahasa.
Beberapa aspek akan difokuskan dalam perbincangan, antara lain perbezaan antara pemerolehan bahasa
pertama dan pembelajaran bahasa kedua, keperluan menyeimbangkan pengetahuan nahu dan pengetahuan
kecekapan berbahasa, penerapan prinsip pengajaran pengkayaan bahasa dan pengajaran pembentukan
biasaan berbahasa. Kita akan turut membincangkan kesan ketakseimbangan dalam perancangan dan
pelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu terhadap bentuk pengetahuan bahasa Melayu para
pelajar, dan seterusnya pengaruh bentuk pengetahuan bahasa ini terhadap Negara, khususnya terhadap
pemasyarakatan konsep satu Malaysia, iaitu Malaysia sebagai sebuah Negara yang bersatu padu, harmoni
dan rakyatnya saling hormat menghormati


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia