PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN IMPAK TERHADAP EKONOMI LOKAL DI DUMAI, RIAU, INDONESIA. (Industrial Development and Impact on the Local Economy of Dumai, Riau, Indonesia)
Abstract
Pembangunan perindustrian di Indonesia pada era autonomi daerah harus dapat menjawab segala tentangan globalisasi ekonomi dunia dan mampu menjangkakan perkembangan perubahan persekitaran. Makalah ini bertujuan menganalisis impak pembangunan perindustrian terhadap pembangunan ekonomi lokal pada era autonomi daerah Riau, Indonesia. Kajian lapangan dijalankan untuk mendapatkan pendapat pakar dari key informant di Dumai serta Pekan Baru di Riau, Indonesia. Pembangunan perindustrian mempunyai impak positif dan negatif. Pembangunan perindustrian pada era autonomi daerah lebih mementingkan aspek pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal manakala kualiti persekitaran tergugat. Justeru, pembangunan perindustrian mesti mengambilkira kepentingan persekitaran untuk kepentingan generasi hadapan. Kemorosotan kualiti persekitaran memberi impak terhadap kemorosotan kualiti hidup penduduk tempatan dan kualiti persekitaran. Oleh hal sedemikian, langkah-langkah perlu dilaksanakan demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan generasi masa akan datang.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia