HUBUNGAN ANTARA PSIKOPATHI, PSIKOPATOLOGI DAN ESTIMKENDIRI DALAMKALANGAN REMAJA PEREMPUAN (Relationship between Psychopathy, Psychophatology and Self Esteem Among Female Adolescents)
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara psikopathi, psikopatologi dan estim kendiri. Dalam
kajian ini, seramai 82 remaja perempuan telah dipilih dari beberapa buah sekolah menengah di Melaka
(min umur 16.3 tahun, julat umur 14-17 tahun) telah ditadbirkan dengan soal selidik Antisocial Process
Screening Device, Symptoms Checklist-90-Revised dan Rosenberg Self-esteem Scale. Keputusan kajian
menunjukkan tret psikopathi, psikopatologi dan estim kendiri tidak mempunyai korelasi yang signifikan( r
= -0.009, r=0.087, dan r = 0.114). Oleh itu, estim kendiri dan psikopatologi bukan peramal yang baik
kepada tret psikopathi. Kajian ini telah mencadangkan aspek lain dalam tret psikopathi seperti perbezaan
jantina, pengaruh rakan, keluarga dan cara asuhan ibu bapa perlu diambil kira dalam kajian pada masa
depan. Selain itu, rawatan untuk psikopathi perlu mengambil kira latar belakang subjek dan menggunakan
pendekatan yang multidimensi.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia