HIPOTEKS SEJARAH DALAM NOVEL PANGLIMA AWANG

Mawar Shafei

Abstract


Makalah ini menumpukan pemerhatian terhadap wujudnya ‘hubungan dan proses antara
teks’ dalam penghasilan novel Harun Aminurrashid. Dasar hubungan ini dikesani dalam
tradisi kesusasteraan Melayu seperti lipurlara, penulisan manuskrip dan seterusnya dalam
penulisan prosa moden seperti novel. Kecenderungan hubungan ini dikaitkan dengan
‘intertekstualiti’ iaitu fenomena kewujudan ‘teks dalam sesebuah teks’ atau ‘dialog antara
teks’. Intertekstualiti pertama kali diajukan Julia Kristeva bertolak daripada dialogik
Mikhail Mikhailovich Bakhtin dan sistem tanda Ferdinand de Saussure yang kemudian
diperhalusi beberapa sarjana seperti Roland Barthes, Gerard Genette, Michael Riffaterre
dan Harold Bloom. Penelitian terhadap novel Harun Aminurrashid memperlihatkan
kecenderungannya mengenai tema dan latar sejarah seperti Darah Kedayan, Jong Batu,
Siapakah Bersalah?, Sebelum Ajal, Merebut Gadis Jelita, Wak Cantuk, Panglima Awang
dan Anak Panglima Awang. Mengambil contoh novel Panglima Awang, makalah ini
melihat hubungannya dengan sejarah sebagai hipoteks secara intertekstual. Beberapa
catatan yang berkaitan dengan sejarah Portugis di Melaka dan pengembaraan Ferdinand
de Magalhaes @ Magellan mengelilingi dunia dijadikan hipoteks kajian. Beberapa proses
transformasi, pembaikan dan penentangan teks asal diajukan pengarang daripada bahanbahan
sejarah tersebut. Jelasnya intertekstual berperanan sebagai strategi kepengarangan
dan kerja ‘memperbaiki’ sejarah bagi menyalurkan aspirasi dan semangat
mempertahankan harga diri bangsa Melayu.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia