NOMOPHOBIA DAN KONFLIK KERJA-KELUARGA DI MALAYSIA: SATU ANALISIS MENGGUNAKAN STRUCTURAL EQUATION MODELING (Nomophobia and Work-Family Conflict in Malaysia: An Analysis Using Structural Equation Modeling)

Fatin Hazirah Abdul Karim, Surena Sabil, Siti Mariam Abdullah

Abstract


 

Matlamat kajian ini adalah untuk mendedahkan impak nomophobia ke atas keseimbangan hidup bekerja dan meramal sumber lain konflik kerja-keluarga dalam kalangan penjawat awam di Malaysia. Dalam tempoh ini, tidak ditemui kajian yang menyelidik perkaitan diantara nomophobia dengan aspek keseimbangan hidup bekerja terutamanya dalam organisasi formal. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik perkaitan nomophobia dengan aspek keseimbangan hidup bekerja iaitu konflik kerja-keluarga berasaskan masa, terikan dan perilaku dalam kalangan penjawat awam daripada lapan organisasi awam di utara semenanjung Malaysia. Pengkaedahan kuantitatif digunakan dan 250 respon digunakan dalam analisis akhir Structural Equation Modeling (SEM). Dapatan mendedahkan penjawat awam di organisasi tersebut berhadapan dengan risiko yang tinggi dalam konflik kerja-keluarga berasaskan masa dan terikan akibat nomophobia tetapi tidak bagi konflik kerja-keluarga berasaskan perilaku. Kajian ini telah menyumbang dalam menambah satu faktor risiko baharu kepada pekerja dalam mengekalkan tahap keseimbangan hidup bekerja yang mereka ingini.

 ________________________________

The aims of the research is to reveal impacts of nomophobia to work life balance and to predict another source of work family conflict among civil servants in selected goverment organizations in  Malaysia. Currently, no research has yet been carried out to investigate relationship between nomophobia with work-life balance aspects especially in formal organization setting. This study intended to investigate the relationship of nomophobia with work life balance aspect namely work-family conflict time, strain and behavior based among civil servants working in eight government organizations in north region of Malaysia. A quantitative approach was utilized and 250 responses were used in final analysis Structural Equation Modeling (SEM). The results revealed civil servants in those organizations facing high risk of work-family conflict time and strain based caused by nomophobia but not for work-family behavior based. This study contributed to added one new possible risk factor for employees  to maintain their work life balance in desired outcomes. 



Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia