PERENGGU MINDA MELAYU DALAM LIRIK LAGU: SATU ANALISIS MAKNA (Malay Mindset in Lyrics: The Analysis of Meaning)

Masitah Mad Daud, Zulkifley Hamid, Nirwana Sudirman, Nik Zulaiha Zakaria

Abstract


Perenggu minda melayu dapat dilihat dalam pelbagai khazanah bahasa Melayu. Kajian ini mengkhusus kepada penganalisisan makna yang terkandung dalam lirik lagu Melayu untuk membolehkan kita melihat bentuk pemikiran orang Melayu. Bidang semantik mengkaji dan menganalisis makna perkataan dan ayat. Perkataan merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Bahasa dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana anggota masyarakat perlu saling berhubungan, dan bahasa adalah medium yang paling berkesan untuk menyampaikan makna. Bahasa dalam lirik lagu juga sangat penting dalam menyampaikan makna kepada pendengar. Makna yang terdapat dalam lirik lagu adalah pengertian yang bukan sahaja muncul daripada bahasa yang disusun dan digunakan, bahkan mempunyai perkaitan dengan bentuk pemikiran penulis lirik lagu tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis jenis-jenis makna perkataan dan kategori gaya berfikir yang terdapat dalam lirik lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Kajian ini turut menghuraikan perkaitan antara jenis-jenis makna perkataan yang digunakan dengan pemikiran yang terserlah melalui lirik lagu-lagu tersebut.  Kajian ini menggunakan data lirik lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza daripada tahun 1996 hingga 2010 yang dipilih secara rawak bertujuan (purposive sampling). Kajian ini telah menggunakan pendekatan konsep tujuh jenis makna yang diperkenalkan oleh Geoffery Leech (1974) dan model Six Thinking Hats yang dikemukakan oleh Edward De Bono (1992). Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat enam jenis penggunaan makna daripada tujuh jenis yang telah dikemukan oleh Leech (1974) iaitu makna konotatif, stilistik, afektif, reflektif, kolokatif dan tematik. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa keenam-enam skema warna topi atau gaya berfikir tersebut terserlah melalui bait-bait lagu yang diaplikasikan melalui penggunaan jenis-jenis skema berfikir tersebut. Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa bait-bait lagu bukanlah hanya untuk menghibur tetapi turut bertujuan untuk mewujudkan suasana ketenangan, di samping mendidik para pendengar dengan pelbagai nilai murni. Lirik lagu Melayu dapat memberikan kita gambaran tetang perenggu minda Melayu.

____________________________

 

Malay mindset can be seen in the many treasures of the Malay language. This study focused on the analyzing of meaning contained in Malay song lyrics. This is to allow us to understand better the mindset the Malays. Semantic field study and analyze the meaning of words and sentences. Word is a unit of free speech that has its own meaning. Besides that, language and society are inseparable because they are connected with each other, that language is used by the society to convey meaning to the listener. Language in song lyrics is very important to convey the meaning to the listeners. The meaning of the song lyrics is not limited in conveying meaning to the listener only, but also have connection with the song writers thinking. Therefore, this study is conducted to analyze the types of word’s meaning and categories of thinking style in the song lyrics. The study also describes the relationship between the types of word’s meaning and the lyricist thinking style. This study is using the data from the song lyrics sang by Dato’ Siti Nur Haliza from 1996 to 2010 which is used purposive sampling. Moreover, this study is using the seven types of meaning concept and Six Thinking Hats theory which is introduced by Geoffery Leech (1974) and Edward De Bono (1992) respectively. The result shows that there are six out of seven types of meaning concept used in song writing; connotative, stylistic, affective, reflection, collocative and thematic. In addition, the findings also indicate that the six color scheme or six thinking style can be seen clearly through the verses of songs used as corpus data in this study. Malay song lyrics can give us an idea about the Malay mindset.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia