HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN SIKAP MAHASISWA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TERHADAP GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (Relationship between Knowledge and Attitude of Students towards People with Disabilities in Universiti Kebangsaan Malaysia)
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan sikap mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Hal ini kerana budaya tempatan yang mengamalkan sikap prejudis terhadap golongan OKU amat sukar dikikis jika generasi kini tidak memahami dan menjiwai kehidupan yang dialami oleh golongan OKU. Ketidakfahaman masyarakat umum kepada golongan OKU menjadikan mereka cenderung menunjukkan sikap dan tingkah laku yang negatif terhadap golongan OKU. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan mengukur sejauhmana mahasiswa UKM mempunyai pengetahuan tentang golongan OKU dan menunjukkan sikap yang positif terhadap golongan OKU. Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan soal selidik yang telah diedarkan kepada 260 sampel daripada 12 program iaitu pelajar Tahun 3 di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM. Hasil analisis data mendapati tahap pengetahuan dalam kalangan mahasiswa Tahun 3 FSSK adalah tinggi dengan min=3.00 dan sikap (min=3.21) terhadap golongan OKU dengan nilai korelasi, r=.460**. Dapatan ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan yang tinggi mengenai golongan OKU akan dapat membentuk sikap yang positif terhadap golongan OKU. Implikasi kajian ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan sikap mahasiswa terhadap mahasiswa OKU yang turut sama dalam menuntut ilmu di peringkat pengajian tinggi sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan dan dunia sebenar.
___________________________
The purpose of this study is to identify the level of knowledge and attitude of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) students towards the disabled (PWD). This is because local cultures that practice prejudice against disability are very difficult to erode if the present generation does not have this understanding towards the lives of disabled people. Common misconception of the normal people about the disabled makes them impelling to show negative attitudes and behaviors towards the disabled. Hence, this study is aimed to see how far the UKM students have knowledge about PWDs and have a positive attitude towards OKU. This quantitative study uses a questionnaire distributed to 260 samples from 12 programs namely Year 3 students at the Faculty of Social and Humanities (FSSK), UKM. The result shows that the level of knowledge among FSSK Year 3 students was above average with mean = 3.00 and attitude (mean = 3.21) towards the PWD with correlation value, r = .460 **. This finding suggests that a high level of knowledge about PWDs can shape a positive attitude towards the disabled. The implication of this study is expected to improve the knowledge and attitude of students towards disabled students who are studying in higher education as a preparation for real-world employment.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia