Peranan Raja Dan Orang Besar Sebagai Penghulu Dalam Menyatupadukan Masyarakat Tempatan Di Selangor, 1895-1942 (The Role of Raja and Orang Besar as Penghulus in Unifying the Local Communites in Selangor, 1895-1942)

Ahmad Farhan Abdullah@Zakaria, Mohd Samsudin

Abstract


Peranan raja dan orang besar sebagai penghulu dalam menyatupadukan penduduk tempatan di Selangor telah dilaksanakan ketika era kolonial British khususnya pada 1895-1942. Hal ini berlaku kerana penghulu ditugaskan untuk berbuat demikian. Namun begitu, ia kurang ditonjolkan oleh J. M. Gullick (1998, 2004 dan December 2007) dan Paul H. Kratoska (1984) menyebabkan perkara tersebut tidak diketahui. Oleh itu, artikel ini bertujuan menonjolkan pandangan baharu mengenai peranan penghulu daripada kalangan raja dan orang besar dalam menyatupadukan masyarakat tempatan di Selangor pada 1895-1942. Artikel ini akan menganalisis isu yang membolehkan penghulu berperanan dalam menyatupadukan penduduk setempat terlebih dahulu. Kemudian, mensintesis peranan mereka. Seterusnya, menilai peranan dimainkan oleh mereka sama ada berkesan atau sebaliknya. Sumber primer seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK), Colonial Office (CO), Pejabat Daerah Klang (B/PDK), Pejabat Daerah Ulu Selangor (B/PDUS), Pejabat Daerah Ulu Langat (B/PDUL), Pejabat Daerah Sepang (B/PDS), Jabatan Arkib Negara Malaysia (P/ANM) dan sumber sekunder digunakan bagi menjawab kehendak dikemukakan. Secara keseluruhannya, golongan raja dan orang besar sebagai penghulu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat tempatan di Selangor yang merangkumi bangsa Melayu, Cina, India dan orang Dalam dari aspek pentadbiran, ekonomi, sosial dan sosioekonomi.  Perkara ini berlaku kerana masyarakat tempatan mematuhi dan mengikut telunjuk serta nasihat penghulu di mukim ditetapkan. Oleh itu, kerajaan memerlukan tokoh-tokoh penghulu yang bertanggungjawab dan berwibawa untuk melaksanakan tugasan di peringkat akar umbi iaitu mukim agar sentiasa dalam keadaan harmoni. Sehubungan itu, artikel ini menempatkan penghulu sebagai Tokoh Penyatuan Masyarakat Peringkat Mukim dari masa ke masa.

Kata Kunci: Raja Selangor, Orang Besar Selangor, Institusi Penghulu, Pentadbiran Selangor, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

The Role of Raja and Orang Besar as Penghulus in Unifying the Local Communites in Selangor, 1895-1942 

ABSTRACT                                                    

The raja and orang besar served as penghulus responsible for the unifying of the local communities in Selangor especially during the British colonial period of 1895-1942. However, this aspect of the penghulus’ responsibility were not highlighted by previous scholars such as J. M. Gullick (1998, 2004 and December 2007) and Paul H. Kratoska (1984). This article aims to put forward a new perspective on the role of penghulus among raja and orang besar to unite the local communities in Selangor in 1895-1942. This article will analyse the issues that require penghulus’ presence in uniting the local communities in the first place. It will also look into the synthesis of the role of penghulu. Finally, this article will evaluate the extent of success of penghulus’ role. Primary sources are used to answer the research questions including Selangor Secretariat Office (B/SUK), Colonial Office (CO), Klang District Office (B/PDK), Ulu Selangor District Office (B/PDUS), Ulu Langat District Office (B/PDUL), Sepang District Office (B/PDS), National Archives of Malaysia Department (P/ANM), as well as secondary sources. Overall, the raja and orang besar as penghulus served an important role in unifying the local communities in Selangor, which consisted of the Malays, Chinese, Indians and aborigines within the administrative, social, economic and socio-economic aspects. This role was necessary as the local communities obeyed and followed the directions and advice of penghulus’ in their respective mukim (parish). Therefore, the government were in need of responsible and authoritative penghulus to carry out their duties at a grass-roots or mukim level, in order to maintain harmony. This article identifies the penghulus as the Community Unity Leaders at the Mukim-level.

Keywords: Raja of Selangor, Orang Besar of Selangor, Penghulu institution, Administration of Selangor, Federated Malay States.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia