KETOKOHAN TRANSFORMASIONAL PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SELANGOR: KAJIAN TOKOH SEMPENA 20 TAHUN KISDAR-KUIS
Abstract
Penelitian deskriptif adalah salah satu jenis penelitian yang bertujuan untuk menjelaskan gambaran lengkap mengenai suatu tetapan sosial atau dimaksudkan untuk eksplorasi dan klarifikasi mengenai suatu fenomena atau kenyataan sosial, dengan jalan mendeskripsikan sejumlah variabel yang berkenaan dengan masalah dan unit yang diteliti antara fenomena yang diuji. Tujuan kajian deskriptif ini adalah menghasilkan gambaran jelas tentang ketokohan Pendidikan Islam dengan mengkaji tokoh iaitu Profesor Dato’ Haji Mohd Adanan Bin Isman dalam bidang Pendidikan Islam. Kajian memberikan gambaran lengkap dalam bentuk verbal dan numerikal, menyajikan informasi, menciptakan seperangkat kategori dan mengklasifikasikan subjek penelitian, menjelaskan seperangkat tahapan atau proses, serta untuk menyimpan informasi bersifat kontradiktif mengenai subjek penelitian. Prof Dato Haji Mohd Adanan Bin Isman adalah berkepakaran dalam bidang Pendidikan Islam. Profil dan sumbangan beliau dalam bidang kajian tidaklah dapat disangkal dan amat menyumbang kepada Pendidikan Islam khususnya dan pembangunan ummah amnya.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia