PENGGUNAAN APLIKASI WEB 2.0 DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS MATA PELAJARAN UMUM (MPU) DI POLITEKNIK

Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff, Wan Norina Wan Hamat, Nor Khayati Basir

Abstract


Penggunaan Web 2.0 dalam pendidikan semakin berkembang dengan adanya kepelbagaian aplikasi Web 2.0 yang disediakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk portal pembelajaran bagi kursus dibawah mata pelajaran umum (MPU) iaitu Kursus Komunikasi dan Penyiaran Islam (DUA6022) Politeknik Malaysia. Portal ini menggabungjalin aplikasi-aplikasi Web 2.0 untuk menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna. Proses pembangunan portal pembelajaran ini diadaptasi dari model reka bentuk pengajaran Model ADDIE yang mengandungi lima fasa iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Selain itu, teori pembelajaran turut diterapkan iaitu teori konstruktivisme, behavorisme dan kognitivisme. Bagi menilai kebolehgunaan portal pembelajaran ini, kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik telah digunakan untuk menilai aspek bentuk antara muka, organisasi kandungan, multimedia, dan kemudahgunaan portal. Seramai 54 orang pelajar terlibat dalam menilai kebolehgunaan portal. Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (IBM SPSS Statistics 20.0). Hasil dapatan kajian ini menunjukkan keempat-empat aspek yang dinilai berjaya diterapkan di dalam portal yang telah dibangunkan, ini berdasarkan kepada purata min bagi setiap aspek mencapai pada tahap yang tinggi (min > 4.32). Kesimpulannya bahawa pembangunan portal pembelajaran ini berjaya dibangunkan dan dapat dikatakan telah melepasi tahap standard piawaian pembangunan sesebuah sistem pembelajaran. Oleh itu, portal yang dibangunkan ini boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Komunikasi dan Penyiaran Islam (DUA6022) di Politeknik Malaysia.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia