PROPAGANDA MEDIA ANTARABANGSA DALAM PERISTIWA PENAHANAN DAN PENDAKWAAN ANWAR IBRAHIM, 1998-2004
Abstract
Peristiwa penahanan dan pendakwaan Anwar Ibrahim telah menarik minat media antarabangsa sehingga menjadikan isu ini hangat dibincangkan di Parlimen Malaysia sebagai respon ke atas laporan yang didakwa bersifat provokasi. Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan kerajaan Malaysia kerana laporan yang diterbitkan oleh media antarabangsa dikatakan sering keluar dari konteks sebenar, diputar belit dan tidak memberikan gambaran mengenai situasi sebenar. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan mengenai propaganda media antarabangsa dan impaknya terhadap Malaysia yang melatari peristiwa penahanan dan pendakwaan Anwar Ibrahim terhadap persoalan status Anwar Ibrahim sama ada benar-benar bersalah ke atas dakwaan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia atau sekadar hanya sebagai mangsa konspirasi politik seperti yang dinyatakan oleh media antarabangsa. Penulisan ini menggunakan kaedah penyelidikan sejarah melalui analisa yang dibuat ke atas data primer dan sekunder. Kaedah temu bual turut digunakan untuk memantapkan lagi pembuktian dalam perbincangan makalah ini. Didapati media antarabangsa yang menyebarkan propaganda termasuklah Washington Post, New York Times, The Times, CNN, CNBC, Asiaweek dan Far East Economic Review menerbitkan laporan bersifat provokatif ke atas kerajaan Malaysia, sistem kehakiman, pihak polis, ahli kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO. Selain itu, propaganda media antarabangsa telah menaikkan kemarahan kerajaan Malaysia. Propaganda media antarabangsa turut memberi kesan ke atas pembangunan ekonomi Malaysia khususnya dalam aspek pelancongan melalui laporan yang memberi gambaran bahawa Malaysia negara yang tidak stabil dan tidak selamat untuk dikunjungi.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia