TINGKAH LAKU BERETIKA DAN KEUPAYAAN KEPIMPINAN DALAM KALANGAN MAHASISWA TAHUN AKHIR PROGRAM KERJA SOSIAL

Nazihah Kamarudin, Fauziah Ibrahim, Nur Saadah Mohamad Aun

Abstract


Tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan merupakan aspek penting dalam kalangan mahasiswa tahun akhir kerja sosial yang bakal menempuh alam pekerjaan sebagai pekerja sosial profesional. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk mengukur tahap tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa kerja sosial tahun akhir yang sedang mengikuti pengajian kerja sosial di UKM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif secara tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey). Seramai 30 orang mahasiswa program kerja sosial tahun akhir Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dipilih sebagai responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Analisis kajian menunjukkan bahawa mahasiswa kerja sosial tahun akhir menunjukkan tahap tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan pada tahap sederhana ke tahap yang tinggi. Hasil kajian memberi implikasi positif kepada pihak pengurusan universiti khasnya pengurusan program kerja sosial untuk menambahbaik program-program yang boleh membantu meningkatkan tingkah laku beretika dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa program kerja sosial di UKM.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia