MENEROKA KEFUNGSIAN KELUARGA REMAJA PEREMPUAN TIDAK TERKAWAL YANG DIRUJUK IBU BAPA UNTUK INTERVENSI KERJA SOSIAL

Maznah Binti Othman, Norulhuda Sarnon, Ezarina Zakaria

Abstract


Remaja berhadapan dengan cabaran perkembangan diri, namun turut terkesan dengan persekitaran keluarga yang berubah seiring kemajuan teknologi serta globalisasi. Dengan begitu banyak kes remaja perempuan yang terlibat dengan tingkah laku tidak terkawal dirujuk oleh ibu bapa mereka untuk tujuan pemulihan kepada pekerja sosial, maka timbul persoalan tentang bagaimana kefungsian keluarga mereka. Justeru kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes ini bertujuan untuk meneroka kefungsian keluarga remaja perempuan tidak terkawal. Pemilihan informan adalah secara persampelan bertujuan, terdiri daripada remaja perempuan berumur 13 hingga 18 tahun yang telah dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana pelbagai masalah tingkah laku. Hasil kajian menunjukkan terdapat tiga ciri utama ketidakfungsian keluarga remaja perempuan tidak terkawal iaitu (i) sosioekonomi yang rendah; (ii) gaya keibubapaan tidak bersesuaian; dan (iii) tiada role model dalam keluarga. Perkembangan semulajadi remaja turut dilihat sebagai pengalaman yang berkaitan dengan tingkah laku tidak terkawal. Secara umumnya remaja perempuan tidak terkawal bukan sahaja mempunyai keluarga disfungsi, tetapi turut berhadapan dengan cabaran persekitaran negatif dan tidak mampu membuat penyesuaian dengan keluarga tersebut. Kesimpulannya, remaja perempuan yang tidak terkawal berhadapan dengan dilema dan kemelut kerana mempunyai keluarga yang tidak berfungsi. Beberapa cadangan program pemulihan turut diberikan seperti intervensi berasaskan keluarga, pemerkasaan remaja dan keluarga disamping pemantapan nilai-nilai murni, moral dan kerohanian. Ketidakfungsian keluarga turut diambil kira di dalam program intervensi bagi membantu remaja perempuan ke arah yang lebih produktif dan hidup dalam keluarga yang lebih sejahtera.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia