KEMAHIRAN PARAFRASA BAHASA ARAB DALAM PENULISAN MAKALAH ILMIAH: ANALISIS KELEMAHAN PELAJAR

Muhammad Izuan Abd Ghani, Sulhah Ramli, Muhammad Dzarif Ahmad Zahid

Abstract


Penulisan ilmiah adalah salah satu genre penulisan yang dianggap kompleks kerana memerlukan kemahiran bahasa yang tinggi serta metodologi yang betul dalam penghasilannya. Salah satu kemahiran yang diperlukan adalah kemahiran parafrasa. Namun, untuk membuat parafrasa bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi melibatkan bahasa ketiga. Pelbagai bentuk kesilapan boleh berlaku dalam kalangan pelajar ketika membuat parafrasa di mana untuk mengatasinya memerlukan kepada perhatian, kefahaman dan teknik yang khusus. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kesilapan yang dilakukan oleh pelajar seterusnya mengenal pasti kelemahan pelajar dalam membuat parafrasa Bahasa Arab serta langkah menangani kelemahan ini. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan sampel yang diambil daripada kerja kursus akhir pelajar bagi subjek Bahasa Arab Akademik (BAA4022). Korpus kajian melibatkan 50 sampel yang dipilih secara rawak daripada kalangan pelajar semester I sesi 2020/2021, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia. Sampel ini dianalisis menggunakan metode analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesilapan utama pelajar dalam parafrasa adalah dari aspek semantik yang berpunca daripada kelemahan dalam memahami teks rujukan asal di samping kesilapan dari aspek gramatis terutama dalam kaedah al-idhofah, penggunaan dhamir dan fi’il yang berpunca daripada kelemahan dalam penguasaan ilmu Sintaksis dan Morfologi Arab. Kedua-dua bentuk kelemahan ini memberi kesan terhadap kualiti parafrasa yang dibuat terutama dalam aspek kesempurnaan semantik. Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberi pencerahan serta membantu para guru dan pelajar dalam memperkasakan kualiti penulisan makalah ilmiah Bahasa Arab melalui penggunaan teknik parafrasa Bahasa Arab yang betul dan tepat.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia