ETIKA KESELAMATAN DAN PERSEPSI UNTUK DI TANGKAP SEBAGAI PERAMAL PEMANDUAN BERISIKO DALAM KALANGAN PEMANDU DI PUTRAJAYA

Rozmi Ismail, Mohamad Mazri Ismail

Abstract


Setiap tahun puluhan juta manusia di seluruh dunia mengalami kecederaan dan kecacatan akibat kemalangan jalan raya. Di Malaysia, data menunjukkan dalam masa 10 tahun (2009- 2019) kadar kemalangan meningkat hampir sekali ganda. Kajian ini bertujuan mengkaji kesedaran mengenai etika keselamatan jalan raya dan persepsi untuk ditangkap (POBC) dalam kalangan pemandu kenderaan di Putrajaya. Kajian survei ini melibatkan seramai 286 orang pemandu kereta yang melalui sekatan jalan raya di Daerah Putrajaya. Hasil kajian menunjukkan walaupun majoriti pemandu mempunyai kesedaran keselamatan yang baik tetapi ada sebilangan pemandu (30%) mengaku mempunyai kesedaran etika yang rendah. Keputusan seterusnya mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara jumlah kemalangan dengan tingkah laku cuai dan pelanggaran peraturan jalan raya. Kesedaran terhadap etika keselamatan juga berkorelasi dengan persepsi untuk ditangkap. Hasil kajan juga mendapati tahap kesedaran keselamatan jalan raya yang rendah dapat meramal tingkah laku cuai dan melanggar peraturan jalan raya serta rekod kemalangan masa lalu. Ini memberi implikasi bahawa kecederungan untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah dipengaruhi oleh tingkah laku yang tidak beretika serta cara pemanduan yang bersiko.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia