HUBUNGAN ANTARA SUMBER TEKANAN DAN TAHAP TEKANAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN KAKITANGAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEPANG SEPANJANG PANDEMIK COVID-19
Abstract
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberikan impak yang cukup besar, bukan sahaja dari aspek ekonomi dan gaya hidup, malah kesejahteraan mental juga. Menjadi petugas barisan hadapan, petugas-petugas kesihatan merupakan golongan yang cukup terkesan dengan wabak ini, terutamanya dari segi kesihatan mental mereka. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor tekanan dan tahap tekanan yang dialami oleh petugas kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah Sepang sepanjang berlakunya wabak COVID-19. Seramai 94 orang responden telah terlibat dalam kajian ini melalui kaedah persampelan bukan kebarangkalian. Faktor tekanan dinilai dari dua komponen, iaitu faktor beban kerja dan faktor pengurusan masa. Analisis data mendapati min tekanan disebabkan bebanan kerja (min=3.6902) adalah lebih tinggi berbanding faktor pengurusan masa (min=3.5436). Paras tekanan para petugas kesihatan pula berada pada tahap sederhana (min=3.1489). Hasil analisis korelasi mendapati tiada hubungan signifikan antara faktor beban kerja dengan tahap tekanan (p= 0.769) dan faktor pengurusan masa dengan tahap tekanan (p= 0.530). Dapatan yang tidak signifikan ini boleh disumbangkan beberapa faktor, antaranya jumlah responden yang kurang. Kajian akan datang disarankan untuk dijalankan dengan skala persampelan yang lebih besar bagi meningkatkan tahap ketepatan hasil kajian.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia