Penggunaan Aplikasi Whatsapp Dan Keperluan Sosial Anggota Komuniti Kejiranan Di Taman Wawasan, Malaysia
Abstract
Penggunaan media sosial oleh komuniti kejiranan dapat membantu membina dan mengeratkan hubungan sosial walaupun kehidupan seharian yang sibuk menyukarkan komuniti kejiranan melakukan aktiviti sosial dan bergaul secara fizikal antara satu sama lain. Interaksi sosial yang berasaskan hubungan sosial penting untuk memenuhi keperluan sosial bagi kehidupan yang lebih bermakna. Kajian ini mengkaji hubungan sosial dalam kalangan anggota sebuah komuniti kejiranan yang digelar Taman Wawasan di Malaysia. Komuniti telah menggunakan sejenis media sosial iaitu Whatsapp sebagai asas hubungan sosial dan juga sebagai perantara dalam interaksi seharian mereka. Seramai 100 orang anggota kumpulan Whatsapp yang diberi nama Mslmh telah menjadi populasi kajian. Dari jumlah itu, seramai 13 orang telah dipilih sebagai sampel untuk ditemubual secara mendalam. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Kaedah menganalisis data pula yang digunakan adalah analisis dokumen, analisis kandungan, pemerhatian ikut serta dan temubual secara mendalam. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhannya, terdapat beberapa corak penggunaan Whatsapp dan aktiviti Whatsapp yang sering berlaku dalam kalangan anggota-anggota kumpulan Whatsapp Mslmh. Corak penggunaan dan aktiviti Whatsapp ini menunjukkan kewujudan proses sosial dalam memenuhi keperluan sosial anggota-anggota seperti keperluan membentuk hubungan sosial, saling berkongsi maklumat, membantu dalam mempermudahkan urusan harian, untuk hiburan dan motivasi dan untuk mengukuhkan kebolehpercayaan dalam kalangan jiran tetangga. Kajian ini boleh dijadikan panduan kepada sektor kerajaan dan bukan kerajaan khususnya persatuan-persatuan penduduk perumahan seperti Rukun Tetangga dan Pertubuhan-Pertubuhan Persatuan Penduduk dalam menyokong pembangunan sosial kejiranan.
Kata kunci: Interaksi Sosial; Media Sosial; Komuniti Kejiranan; Keperluan Sosial; Sosialisasi
Abstract: Social media usage by neighbourhood community members can assist in building and strengthening social relations despite their busy everyday life that can makes it difficult for theneighbourhood community to conduct social activity and get along with one another physically. Social interaction based on social relations is important to fulfil social needs for a more meaningful life. This study analysed social relations among members of a neighbourhood community known as Taman Wawasan in Malaysia. This
community has utilised a kind of social media known as Whatsapp as the basis for social relations and also as a medium in their everyday social interaction. 100 members of a Whatsapp group named Mslmh have become the population of the study. From this number, 13 persons have been selected as sampel for in-depth interviews. This study used purposive sampling method. Data collection methods are participation observation and in-depth interview while data analysis methods are document analysis and content analysis. The results of the study showed that in general, there are few patterns in Whatsapp usage and Whatsapp activities that always occured among members of the Mslmh Whatsapp group. The Whatsapp usage patterns and activities showed the existence of social process in fulfilling social needs of the members such as the need to establish social relations, reciprocal sharing of information, assistance to ease daily matters, entertainment and motivation and to strengthen trust among the neighbours. This study can guide government and non-governmental sectors such as residents’ housing associations like Rukun Tetangga and other residents’ associations or clubs in supporting the social development of neighbourhood.
Keywords: Social Interaction; Social Media; Neighbour Community; Social Needs; Social Relations
Full Text:
PDFDOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2022.1907.26
Refbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia