Pengurusan Kewangan Generasi Milenial: Perbandingan Gender (Financial Management of the Millennial Generation: A Gender Comparison)

Zaimah Ramli, Sarmila Md Sum, Abd Hair Awang

Abstract


Abstrak: Pengurusan kewangan penting kepada setiap individu, termasuk generasi milenial. Memiliki pengetahuan dan mengamalkan pengurusan kewangan yang baik akan membantu generasi milenial mengurus kewangan peribadi mereka. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengurusan kewangan generasi milenial dan membuat perbandingan gender antara pengurusan kewangan generasi milenial lelaki dan wanita. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Teknik persampelan bertujuan diaplikasikan dalam pengutipan data. Sampel kajian adalah generasi milenial di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Seramai 316 orang generasi milenial menjadi responden kajian. Analisis deskriptif dan ujian-t digunakan bagi menjawab objektif kajian. Secara keseluruhan, tahap pengurusan kewangan generasi milenial berada di tahap yang tinggi. Namun jika ianya diperhalusi mengikut pecahan elemen, hanya elemen pengurusan tunai sahaja mencatatkan tahap yang tinggi. Sebaliknya elemen pengurusan simpanan, kredit, insurans, pelaburan dan harta berada pada tahap sederhana. Hasil ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gender dalam keenam-enam aspek pengurusan kewangan generasi milenial. Penemuan ini perlukan perhatian dan tindakan daripada pihak yang berautoriti, termasuk generasi milenial itu sendiri. Semua ini penting untuk meningkatkan tahap kemahiran mengurus kewangan dalam kalangan generasi milenial demi memastikan mereka mencapai kesejahteraan kewangan dalam kehidupan.

Abstract: Financial management is important to every individual, including the millennial generation. Understanding and practicing effective financial management will help the millennial generation manage their personal finances. Therefore, the objective of this study is to determine the level of financial management among the millennial generation and to compare the financial management practices of men and women. The study uses a quantitative research design. The study applies the purposeful sampling technique to data collection. The millennial generation in Kampung Baru, Kuala Lumpur, is the study sample. A total of 316 people from the millennial generation responded to the study. The study used descriptive analysis and a t-test to answer the research objectives. Overall, the millennial generation's level of financial management is high. However, a breakdown of elements reveals that only the cash management element reaches a high level. On the other hand, the elements of savings, credit, insurance, investment, and property management are at a moderate level. The results of the t-test show that there is no significant difference between genders in the six aspects of financial management for the millennial generation. This discovery needs attention and action from the authorities, including the millennial generation itself. It is crucial to enhance the financial management skills of the millennial generation to guarantee their financial well-being in life.

References

Abdul Basit, Tamat Samardi & Norlida Hanim. (2014). Hutang dan golongan muda di Malaysia: Satu Kajian Kes. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM ke-9), 833-844.

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). (2018). Financial behaviour and state of financial well-being of Malaysian working adults. AKPK Financial Behaviour Survey 2018. https://www.akpk.org.my/sites/default/files/AKPK

Akauntan Pelaburan Malaysia. (2013). Pelaburan Piawaian Perakaunan Kerajaan. http://www.anm.gov.my

Awien Azuyien Jamri & Suraiya Ishak. (2023). Tekanan kewangan dan pengurusan tekanan kewangan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi berasaskan status sosioekonomi. e-BANGI: Journal of Social Sciences and Humanities, 20(4), 164-178. https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2004.14

Aydin, A. E., & Akben S. E. (2019). An investigation of financial literacy, money ethics and time preferences among college students. International Journal of Bank Marketing, 37(3), 880-890. http://dx.doi.org/10.1108/IJBM-05-2018-0120

Azwadi Ali, Mohd S. A. Rahman, & Alif Bakar. (2013). Financial literacy and satisfaction in Malaysia: A Pilot Study. International Journal of Trade, Economics and Finance, 4(5), 319-324. http://dx.doi.org/10.7763/IJTEF.2013.V4.309

Bank Negara Malaysia (BNM). (2016). Financial Capability and Inclusion Demand Side Survey 2015. https://www.bnm.gov.my/financial-inclusion

Berita Harian. (2022). Purata jangka hayat rakyat Malaysia turun kepada 73.4 tahun. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/1005804/purata-jangka-hayat-rakyat-malaysia-turun-kepada-734-tahun

Blaschke, J. (2022). Gender differences in financial literacy among teenagers - Can confidence bridge the gap? Cogent Economics & Finance. 10(1). https://doi.org/10.1080/23322039.2022.2144328

Chowa, G., Ansong, D., & Masa, R. (2010). Assets and child well-being in developing countries: A research review. Children and Youth Services Review, 32(11), 1508–1519. http://dx.doi.org/10.1016/ j.childyouth.2010.03.015

Delafrooz, N., & Laily, P. (2011). Determinants of saving behavior and financial problem among employees in Malaysia. Australian Journal of Basic and Applied Sciences, 5(7), 222-228. http://dx.doi.org/10.5897/AJBM10.1267

Eza. (2020, Mac 5). Lelaki atau wanita yang lebih bijak dalam kewangan dan pelaburan? https://www.majalahlabur.com/kewangan/lelaki-atau-wanita-yang-lebih-bijak-dalam-kewangan-dan-pelaburan/

Haryani, S., Motwani, B., Matharu, S.K. (2015). Behavioral Intention of Taxpayers towards Online Tax Filing in India: An Empirical Investigation. Journal of Business and Finance Affair, 4, 135. http://dx.doi:10.4172/2167-0234.1000135

Lazuardi, C. M. & Puspitawati, H. (2022). Gender's role in financial management and purchasing decisions on the quality of dual-earner family marriage during the covid-19 pandemic. Journal of Child, Family, and Consumer Studies, 1(2), 96-107.  https://doi.org/10.29244/jcfcs.1.2.96-107

Liebermann, Y., & Flint-Goor, A. (1996). Message strategy by product-class type: A matching model. International Journal of Research in Marketing, 13, 237-249. https://doi.org/10.1016/0167-8116(96)00005-5

Lim Thieng Sang, Zatul Karamah Ahmad Baharul Ulum, DG Safrina AG Budin & Rosle Mohidin. (2013). Hubungkait pengetahuan kewangan dan kesedaran insurans hayat dan takaful keluarga. OER@UMS. 1-11.

Masarah Mohamad Yusof, Azlinda Azman, Farhana Kamarul Bahrin & Mahathir Yahaya. (2020). Hubungan konflik kewangan terhadap kesejahteraan sosial mangsa wanita dalam isu keganasan rumah tangga. Kertas dibentangkan di The 2nd International Conference on Social Work Faculty of Social and Political Sciences, University of Muhammadiyah Jakarta Jakarta, Indonesia, 29 February – 01 March.

Mohamad Fazli Sabri, & Teo Tze Juen. (2014). The influence of financial literacy, saving behaviour and financial management on retirement confidence among women working in the Malaysian public sector. Asian Social Science, 10(14), 40-51. http://dx.doi.org/10.5539/ass.v10n14p40

Mohamad Fazli Sabri, Nuraini Abdullah, Thinagaran Moga Dass & Othman Che Jusoh. (2018). Tingkah laku pengurusan kewangan, masalah kewangan, kesejahteraan hidup dan program sokongan pengguna di Wilayah Persekutuan Labuan. Jurnal Pengguna Malaysia, 30(6), 103-121. https://jpmjurnal.com/ jpm/article/view/134

Nik Mohd Zaim Ab Rahim, Ishak Suliaman, & Munirah Abd Razzak. (2012). Kesempitan hidup penghutang: Analisis ayat 280 surah al-baqarah. Proceedings The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012, ISBN 978-967-5534-20-1

Noor Izyani Hassan Sabri & Khadijah Alavi. (2019). Meneroka literasi perancangan kewangan belia B40 berpandukan pendidikan psikososial. Jurnal Wacana Sarjana, 3(1), 1-81. https://spaj.ukm.my/ jws/index.php/jws/article/view/207

Nur Aisyatul Radiah Alidaniah, Sanep Ahmad, Mohd Ali Mohd Noor & Mohammed Riski Moi. (2015). Gelagat hutang isi rumah mengikut kaum di Bandar Baru Bangi, Selangor. Malaysian Journal of Society and Space, 11(11), 110-119. https://www.researchgate.net/publication/309737884

Nurul Aini Muhamed. (2020, Mei 8). Gaya hidup kewangan pasca Covid-19. Bernama. https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1842587

Nurulhuda Mohamad Yusof. (2020). Perancangan kewangan ke arah persaraan dalam kalangan generasi milenium di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. [Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia].

Potrich, A. C. G., Vieira, K. M., & Matheis, T. K. (2024). Gender differences in financial literacy between and within generations. Journal of Financial Conseling and Planning. https://doi.org/10.1891/jfcp-2023-0058

Rusnadewi Abdul Rashid & Nor Hisyam Ahmad. (2013). Pengurusan harta melalui hibah: Kepentingan dan manfaat dari pelbagai aspek untuk kemajuan ummah. Jurnal Hadhari, 5(1), 91-104. http://www.ukm.my/jhadhari/

Saadiah Ismail. (2023, Januari 3). Gaji wanita lebih rendah daripada pekerja lelaki. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2023/01/1047020/gaji-wanita-lebih-rendah-daripada-pekerja-lelaki

Tinghög, G., Ahmed, A., Kinga Barrafrem, K., Lind, T., Skagerlund, K., & Västfjäll, D. (2021). Gender differences in financial literacy: The role of stereotype threat. Journal of Economic Behavior & Organization, 192, 405-416, https://doi.org/10.1016/j.jebo.2021.10.015.

Wagner, J., & Walstad, W. B. (2023). Gender differences in financial decision-making and behaviors in single and joint households. The American Economist, 68(1), 5-23. https://doi.org/10.1177/0569 4345221076004

Yasmin Huzaimah Aladdin & Anuar Ahmad. (2017). Tahap literasi kewangan di kalangan mahasiswa. Kertas dibentangkan di International Conference on Global Education V, Padang, 10-11 April.

Zaimah Ramli, Noor Amarina Mohd Farid, Sarmila Md Sum & Azima Abdul Manaf. (2020). Strategi pengurusan kewangan mahasiswa berkahwin: Kajian perbandingan Malaysia dan Indonesia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 17(4), 90-104.

Zaimah Ramli. (2011). Pengaruh factor pengetahuan, tingkah laku kewangan dan pembuatan keputusan terhadap kesejahteraan kewangan pekerja sektor awam yang berkahwin. [Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia].

Zaimah Ramli. (2023). Kesejahteraan Kewangan Pekerja. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zuroni Md Jusoh & Mohamad Izwanshafiq Jaafar. (2019). Tahap Pengetahuan dan sikap pengguna terhadap tingkah laku pemilikan pelan insurans. Jurnal Pengguna, 31, 81-97.


Keywords


Tunai; simpanan; kredit; insurans; generasi milenial

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2025.2201.01

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia