Kebangkitan Barisan Nasional Melalui Pendekatan Politik Pembangunan Dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan, Malaysia (The Rise of the Barisan Nasional Through Approach of Development Politics in the Nenggiri State Legislative Assembly (DUN) by-election, Kelantan, Malaysia)

Junaidi Awang Besar

Abstract


Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan, Malaysia diadakan berikutan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan bermula 19 Jun 2024 disebabkan keahlian ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang gugur daripada Parti BERSATU kerana beliau menyatakan sokongan kepada pihak lawan. BN berjaya menawan semua kawasan ini dalam PRK ini. Oleh itu adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis politik pembangunan dalam PRK DUN Nenggiri, Kelantan. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu berdasarkan score sheet keputusan pilihan raya mengikut saluran dan daerah mengundi; dan kaedah kualitatif iaitu analisis kepada maklumat sekunder iaitu penulisan jurnal, bahan seminar dan buku akademik yang berkenaan. Hasil kajian mendapati bahawa PRK DUN Nenggiri memperlihatkan kejutan apabila pertama kalinya PRK pasca PRU-15 berlakunya ‘flip’ atau peralihan kemenangan daripada PAS kepada BN. Pengundi di DUN Nenggiri lebih memilih politik pembangunan, perpaduan dan kasih sayang berbanding politik identiti untuk mewakili mereka pada PRK kali ini. Mereka juga terkesan dengan pengaruh Tengku Razaleigh Hamzah daripada BN/UMNO yang pernah menjadi ahli Parlimen Gua Musang selama 12 penggal, calon BN iaitu Azmawi yang sudah dikenali pengundi kerana pernah menjadi Pegawai Khas bekas ADUN Nenggiri iaitu YB Abd. Aziz Yusof selama sepenggal, di samping peranan jentera kempen BN yang menumpukan kepada ceramah kelompok kepada pengundi putih dan kelabu untuk penerangan atau penjelasan isu semasa secara berfokus. Justeru, dapatan kajian ini penting bagi menunjukkan wujudkan dinamika politik dan pentingnya strategi politik bagi memenangi pilihan raya di sesuatu kawasan.

Abstract: The by-election (PRK) of the State Legislative Assembly (DUN) of Nenggiri, Kelantan, Malaysia was held following the Speaker of the State Assembly of Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah announced that the seat of the State Assembly of Nenggiri would be vacant from 19 June 2024 due to the membership of the Assemblyman of Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim who had fallen from the Bersatu Party, he expressed his support for the opponent. Therefore, the purpose of writing this paper is to analyze the politics of development in the Nenggiri by-election, Kelantan. The writing of this article uses a quantitative method which is based on the score sheet of the election results according to the channel and voting district; and the qualitative method which is the analysis of secondary information which is journal writing, seminar materials and relevant academic books. The results of the study found that the Nenggiri state by-election showed a surprise when the first post-GE-15 by-election saw a 'flip' or victory shift from PAS to BN. Voters in Nenggiri State Assembly prefer the politics of development, unity and love over identity politics to represent them in the by-election this time. They were also influenced by the influence of Tengku Razaleigh Hamzah from BN/UMNO who had been a member of the Gua Musang Parliament for 12 terms, the BN candidate Azmawi who was already known to the voters because he had been a Special Officer of the former Nenggiri assemblyman YB Abd. Aziz Yusof for one term, in addition to the role of the BN campaign machinery which focuses on group talks to white and gray voters. Therefore, the findings of this study are important to show the creation of political dynamics and the importance of political strategies to win elections in an area.


Keywords


Pilihan Raya Kecil, Politik Pembangunan, politik identiti, Dewan Undangan Negeri, jentera kempen

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2025.2201.30

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia