Tema Pengembaraan dan Plot Bertemu-Berpisah Dalam Syair Cendawan Putih Adanya: Satu Penetapan Genre Panji (The Adventure Theme and the Meet-Separate Plot in "Syair Cendawan Putih Adanya": Establishing the Panji Genre)
Abstract
Kajian ini membincangkan Syair Cendawan Putih Adanya dalam bentuk teks bercetak dalam tulisan jawi yang bertulis tangan tersimpan di Perpustakaan Tun Sri Lanang di Koleksi Asia Tenggara, bernombor PL 5178.2 C4 S9. Naskhah ini turut ditemukan di pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara. Terdapat empat versi berbeza ditemukan terhadap naskhah ini. Teks -teks naskhah ini terdapat di Universiti Malaya (PL 5117.1), Universiti Sains Malaysia (PL 5117.2.C3.1950m), di Universiti Brunei Darusalam (PL5132 S936) dan di Murdoch University Australia (899.22319 C 3951). Kajian ini adalah kajian kualitatif berorientasikan metodologi strukturalisme. Kaedah metodologi strukturalisme dengan mengaplikasi ciri dari model atau kerangka Harun Mat Piah (1980) yang mencakupi aspek tema, plot, watak, penyamaran, inkarnasi dan unsur Jawa untuk mencari jawapan kepada permasalahan kajian. Pengaplikasian Model Cerita Panji Harun Mat Piah berfungsi untuk menentukan status klasifikasi genre sebenar karya syair ini. Dapatan kajian membuktikan bahawa Syair Cendawan Putih Adanya seharusnya diklasifikasikan, ditempatkan, dikategorikan atau dikelompokkan sebagai genre cerita panji memandangkan karya ini ialah cerita panji berbentuk syair kerana gubahannya beracunkan cerita panji yang sarat dengan aroma kejawen. Tema pengembaraan dan plot bertemu-berpisah menjadi teras utama binaan cerita panji terserlah dan terjalin erat dalam karya ini. Kajian ini dapat memberi sumbangan untuk menambahkayakan lagi khazanah karya kesusasteraan dan membantu mengetengahkan kepada khalayak untuk menjadi sebahagian daripada bahan bacaan. Secara tidak langsung satu usaha untuk melestarikan warisan budaya bangsa.
Abstract: This study examines Syair Cendawan Putih Adanya, a printed text written in handwritten Jawi script, preserved in the Tun Sri Lanang Library under the Southeast Asia Collection, with the reference number PL 5178.2 C4 S9. This manuscript has also been found in higher education institutions both domestically and internationally. Four distinct versions of this manuscript have been identified, located at the University of Malaya (PL 5117.1), Universiti Sains Malaysia (PL 5117.2.C3.1950m), Universiti Brunei Darussalam (PL5132 S936), and Murdoch University in Australia (899.22319 C 3951). This research adopts a qualitative approach, grounded in structuralist methodology. The study applies Harun (1980) framework, which encompasses themes such as theme, plot, character, disguise, incarnation, and Javanese elements, to address the research questions. By utilizing Harun Mat Piah’s Model Cerita Panji, the study aims to determine the true genre classification of this poetic work. The findings reveal that Syair Cendawan Putih Adanya should be classified, categorized, and grouped under the Panji Tales genre. This is because the work is a poetic rendition of a Panji Tales narrative, deeply infused with Javanese cultural elements. The themes of adventure and the plot structure of meetings and separations form the core of this cerita panji, intricately woven throughout the text. This study contributes to enriching the literary heritage and promotes the work as a valuable piece of reading material for the public. Indirectly, it also serves as an effort to preserve the nation’s cultural legacy.
References
Abdul Rahman, K. (1989). Panji Narawangsa. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun, J. (2004). Ikhtisar kebudayaan dan prosa Melayu klasik. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Harun Mat, P. (1980). Cerita-cerita Panji Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harun Mat, P. (1989). Puisi Melayu tradisional: satu pembicaraan genre dan fungsi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Naskhah Syair Cendawan Putih Adanya. PL 5178.2 C4 S9.
Noriah, M. (2005). Sastera Panji. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rosnani, I., Muammar Ghaddafi, H., Shaiful Bahri, M. R. (2023). Penyayang dan Berwawasan Ciri Kepimpinan Pemerintaha dalam Syair Diraja Melayu Perak-Johor Era Kontemporari. E-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 20(2), 251-265. https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2002.22
Ruzy Suliza, H. (2007). Pengolahan Semula Teks Lama: Perbandingan Strategi Penulis Wanita Melayu dan Barat. E-bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 4(1), 1-18.
Siti Hawa, S. (Ed.). (1987). Cendekia Kesusasteraan Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Hawa, S. (1997). Kesusasteraan Melayu abad kesembilan belas. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Umar, J. (1969). Ulasan dan kajian Hikayat Panji Semirang. Pustaka Melayu Baru.
Keywords
Full Text:
PDFDOI: http://dx.doi.org/10.17576//ebangi.2025.2201.43
Refbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia