Perubahan Amalan Ngeduang dalam Adat dan Ritual Kematian Etnik Bajau (The Changes in Ngeduang Practice in the Customs and Death Rituals of the Bajau Ethnic)
Abstract
Makalah ini membincangkan mengenai perubahan amalan ngeduang dalam adat dan ritual kematian etnik Bajau di Sabah. Amalan ngeduang merupakan salah satu adat yang diamalkan sehingga hari ini dalam ritual kematian etnik Bajau di Sabah. Namun begitu, peredaran zaman tidak menghakis amalan tradisi ini, sebaliknya hanya mengalami perubahan bagi tujuan penambahbaikan. Objektif kajian ini menganalisis perubahan yang berlaku mengenai amalan ngeduang dalam adat dan ritual kematian Bajau. Teori perubahan sosial gagasan Wilbert E. Moore dijadikan panduan untuk mencapai objektif kajian. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bersifat etnografi iaitu menerusi kaedah kajian lapangan terdiri daripada pemerhatian, ikut serta dan temu bual dijalankan di Kampung Taun Gusi, Kota Belud, Sabah. Informan yang dipilih terdiri daripada individu yang arif berkaitan adat resam masyarakat Bajau seperti Ketua Adat, pengamal dan penyelidik. Kajian kepustakaan seperti jurnal, buku dan laporan adalah berperanan sebagai data-data sekunder bagi menyokong kajian ini. Data-data kajian akan melalui proses penyaringan dengan menggunakan teknik analisis tematik dan bacaan rapi. Hasil dapatan kajian jelas menunjukkan amalan ngeduang mengalami perubahan yang ketara dalam adat dan ritual kematian etnik Bajau di Sabah. Sehubungan dengan itu, kajian ini membuktikan bahawa amalan ngeduang mesti dipertahankan untuk mengekalkan indikator atau identiti etnik Bajau sebagai suku kaum yang unik. Sumbangan kajian ini sangat penting sebagai pengetahuan baharu kepada generasi muda dan masyarakat umum di Malaysia berkenaan warisan kebudayaan etnik Bajau. Kajian ini juga berupaya membuktikan kekayaan warisan tidak ketara etnik Bajau yang meliputi pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam pelaksanaan adat dan ritual kematian mereka.
Abstract: This paper discusses the changes in the practice of ngeduang in the customs and death rituals of the Bajau ethnic group in Sabah. The practice of ngeduang is one of the customs that is still carried out today in the death rituals of the Bajau ethnic group in Sabah. Nevertheless, the passage of time did not diminish this traditional practice, but rather has only undergone changes for the purpose of improvement. The objective of this study is to analyse the changes that have occurred in the practice of ngeduang within the Bajau customs and death rituals. The theory of social change proposed by Wilbert E. Moore is used as a guide to achieve the objectives of the study. The methodology of this study uses a qualitative ethnographical approach, which is through field research methods consist of observation, participation and interviews conducted in Kampung Taun Gusi, Kota Belud, Sabah. The selected informants consist of individuals who are knowledgeable about the customs of the Bajau community such as Customary Chiefs, practitioners and researcher. Library studies such as journals, books and reports served as secondary data to support this study. The study data will go through a screening process using thematic analysis techniques and proofreading. The findings of this study clearly shows that the practice of ngeduang has undergone significant changes in the customs and death rituals of the Bajau ethnic group in Sabah. In this regard, this study proves that the practice ngeduang must be preserve in order to maintain the indicator or identity of the Bajau ethnic group as a unique tribe. The contribution of this study is very important as new a knowledge to the younger generation and the general public in Malaysia regarding the cultural heritage of the Bajau ethnic group. This study also able to prove the wealth of the Bajau ethnic group's intangible heritage which covers various aspects of life including in the implementation of their customs and death rituals.
References
Anwar Din. (2007). Asas kebudayaan dan kesenian Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Bernard, H.R. 2002. Sosial research methods: Qualitative and quantative approaches. Thousand Oaks CA, Sage Publications.
Chou, C.& Clifton, J. (2010). The Orang Suku Laut of Riau, Indonesia: The inalienable gift of territory, Routledge.
Christina Andin, Rosazman Hussin & Johan Johnes. (2022). Toleransi etnik melalui perayaan orang asal di Sabah: Aplikasi teori tingkah laku terancang. E-Bangi: Journal of Special Sciences and Humanities, 19(6), 195-214.
Gaynor, J.L. (2005). The decline of small-scale fishing and the reorganization of livelihood practices among Sama people in Eastern Indonesia. Mich. Discuss. Anthropol, 15, 90-149.
Halina Sendera Mohd. Yakin & Saidatul Nornis Hj. Mahali. (2008). Duang: The semiotic interpretation and perception of the Bajau-Sama community in Sabah. Sari: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 26, 71-78.
Halina Sendera Mohd. Yakin. (2018). Struktur adat kematian menyingkap pandangan alam dan kosmologi masyarakat Bajau. Universiti Malaysia Sabah.
Izmanira Ismail. (2003). Adat tradisi kematian bagi suku kaum Bajau (Sama) Taun Gusi Kota Belud Sabah [Tesis Sarjanamuda Pengajian Seni]. Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah.
Jacquelina Karimon & Steven Alezender. (2022). Mitos angkapio medium interaksi antara alam dan manusia menurut kepercayaan Murut Paluan. E-Bangi: Journal of Special Sciences and Humanities, 20(1),17-29. https://doi.org/10.17576/ebangi.2023.2001.02
Johan Johnes, Rosazman Hussin & Trixie Marjorie Tangit. (2022). Keharmonian masyarakat melalui perayaan rakyat. E-Bangi: Journal of Special Sciences and Humanities, 19(6), 75-87.
Nadiyah Mazi Aljohani & Er Ah Choy. (2021). Impact of heritage tourism on local community in Sabah, Malaysia. E-Bangi: Journal of Special Sciences and Humanities, 18(5), 122-137.
Nordiana Mosum dan Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff. (2017). Adat dan kepercayaan dalam ritual kematian masyarakat Bajau. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1), 1-18.
Nordiana Mosum. (2017). Adat dan kepercayaan dalam ritual kematian masyarakat Bajau [Tesis Sarjanamuda]. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosazman Hussin, Johan Johnes & Jeannet Stephen. (2022). Pengaruh hak dan undang-undang adat terhadap toleransi dan hubungan harmoni antara etnik, di Sabah. E-Bangi: Journal of Special Sciences and Humanities, 19(6), 103-112.
Saidatul Nornis Hj. Mahali (pngr.). (2010). Adat dan ritual kematian di Sabah. Kota Kinabalu, Sabah: Universiti Sabah Malaysia.
Shaiful Bahri Md. Radzi. (2016). Penyelidikan kualitatif. Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn. Bhd.
Siti Aidah binti Lukin @ Lokin, Suraya Sintang & Johan Johnes. (2022). Sejarah dan pengalaman hubungan etnik di Sabah: Kesepaduan dalam kepelbagaian. E-Bangi: Journal of Special Sciences and Humanities, 19(6), 183-192.
Suraya Sintang, Mohd. Nazmi Mohd. Khalli, Khadijah Mohd. Khambali@Hambali & Rosazman Hussin. (2022). Menjana keharmonian melalui jalinan kerjasama antara penganut beza agama di Sabah. E-Bangi: Journal of Special Sciences and Humanities, 19(6), 88-102.
Wilbert, E. Moore. 1965. Social Change. (Cetakan Pertama 1963). Prentice-Hall.
Keywords
Full Text:
PDFDOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2025.2201.45
Refbacks
- There are currently no refbacks.
-
_________________________________________________
eISSN 1823-884x
Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia