Dari Jambatan ke Jalur Lebar: Transformasi Pusat Sumber Melalui Inisiatif Prodigi di Sekolah Pedalaman

Joyiemin Min, Gloria Alderica George

Abstract


Kajian tindakan ini menjurus kepada impak inisiatif ProDigi (Projek Pendigitalan Pusat Sumber), yang bertujuan untuk menangani isu jurang digital di SK Gusi, sekolah rendah pedalaman P3 di Ranau, Sabah. SK Gusi mendapat perhatian negara semasa penutupan sekolah dalam tempoh Kawalan Pergerakan COVID-19 apabila beberapa murid sekolah rendah, remaja dan dewasa termasuk staf SK Gusi terjatuh dari jambatan gantung yang terputus sewaktu mendapatkan capaian internet untuk menyiapkan tugasan serta berhubung dengan keluarga di luar. Walaupun akses internet satelit Starlink disediakan kemudian, namun capaian internet masih terhad dalam kawasan sekolah sahaja. Kebanyakan murid tidak mempunyai peranti digital dan sokongan pembelajaran di rumah. Berpandukan Model Spiral Kajian Tindakan oleh Kemmis, McTaggart & Nixon (2014), kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan kualitatif yang melibatkan semua murid tahap dua (Tahun 4 sehingga Tahun 6), tiga guru dan lima ibu bapa. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual dan buku log penggunaan. Dapatan menunjukkan peningkatan ketara dalam pengunaan peranti digital. Purata penggunaan harian meningkat daripada tiga kepada lapan orang murid serta peningkatan dalam penglibatan platform Quizizz dan saluran YouTube pendidikan. Ruang pelbagai zon dalam Pusat Sumber Sekolah merangkumi ruang ICT, tontonan, ruang pembacaan, perbincangan, dan kreativiti berjaya mendorong motivasi dan keyakinan murid untuk terus memanfaatkan ruang pusat sumber. Antara impak ProDigi ini adalah menginspirasikan dua sekolah lain mengambil inisiatif ProDigi dan seorang murid sekolah berjaya ke pertandingan catur peringkat kebangsaan yang merupakan calon tunggal P3 Daerah Ranau. Ini membuktikan bahawa transformasi ruang persekitaran digital yang tersusun berkesan dalam membantu merapatkan jurang digital di sekolah pedalaman.

Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/ebangi.2026.2303.12

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


-


 

_________________________________________________

eISSN 1823-884x

Faculty of Social Sciences & Humanities
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia