Pengajaran Terbeza dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu: Literatur Sistematik (Differentiated Instruction in Bahasa Melayu Essay Writing: Systematic Literature)

SURINA SURA ANAK RUMPING, HOWE ENG TANG, EZZAH AFIFAH NASRUDIN

Abstract


Penguasaan penulisan karangan Bahasa Melayu masih menjadi cabaran, manakala kajian tentang pengajaran terbeza dalam konteks ini masih kurang disintesis secara sistematik. Kajian ini bertujuan menganalisis secara sistematik kajian lepas berkaitan kaedah pengajaran terbeza dalam penulisan karangan Bahasa Melayu. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti tahap amalan guru, meneliti kesan pengajaran terbeza terhadap minat, keterlibatan dan pencapaian murid, serta mengenal pasti cabaran pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan literatur sistematik berpandukan garis panduan PRISMA. Pencarian artikel dilakukan melalui pangkalan data SCOPUS, ERIC dan Google Scholar dengan menggunakan kata kunci yang berkaitan dengan pengajaran terbeza, penulisan karangan Bahasa Melayu, minat, keterlibatan, pencapaian murid dan cabaran pelaksanaan. Artikel yang dipilih diterbitkan antara tahun 2019 hingga 2026 serta memenuhi kriteria kerelevanan tajuk, abstrak dan kandungan. Sebanyak sebelas artikel telah dianalisis dan dikategorikan kepada tiga tema utama, iaitu tahap amalan pengajaran terbeza dalam kalangan guru, kesan pengajaran terbeza terhadap murid dan cabaran pelaksanaan di bilik darjah. Dapatan menunjukkan bahawa pengajaran terbeza berpotensi meningkatkan minat, keterlibatan, motivasi dan pencapaian kemahiran menulis murid. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya masih berdepan cabaran seperti kekangan masa, penyediaan bahan, bilangan murid yang ramai dan keperluan latihan guru. Kajian ini mencadangkan pembangunan bahan pengajaran terbeza yang lebih tersusun bagi menyokong pembelajaran karangan Bahasa Melayu secara berkesan dan responsif kepada murid pelbagai tahap.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823