Pengurusan Berasaskan Sekolah Dan Kesejahteraan Guru: Satu Tinjauan Literatur Sistematik (School-Based Management and Teacher Well-Being: A Systematic Literature Review)
Abstract
Pengurusan Berasaskan Sekolah (School-Based Management, SBM) merupakan pendekatan desentralisasi pendidikan
yang semakin diberi perhatian kerana berpotensi meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah. Namun demikian,
perubahan peranan guru serta peningkatan tuntutan akauntabiliti dalam persekitaran sekolah yang lebih autonomi
menimbulkan kebimbangan terhadap kesejahteraan profesional guru. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis
tren metodologi, mengenal pasti fokus utama penyelidikan serta menilai hubungan antara amalan SBM dengan
kesejahteraan guru bagi tempoh 2021 hingga 2026. Kajian ini menggunakan pendekatan Sorotan Literatur Sistematik
(SLR) berpandukan garis panduan PRISMA 2020. Sebanyak 14 artikel empirikal yang memenuhi kriteria inklusi dan
eksklusi dipilih daripada enam pangkalan data akademik, iaitu Scopus, Web of Science, ScienceDirect, Sage Journals,
Taylor & Francis dan Google Scholar. Data dianalisis menggunakan analisis tematik untuk mengenal pasti, menganalisis
dan mentafsir pola atau tema yang muncul dalam literatur berkaitan SBM dan kesejahteraan guru. Dapatan menunjukkan
bahawa pendekatan kuantitatif mendominasi literatur semasa, manakala kepimpinan sekolah dan autonomi guru
merupakan fokus utama kajian. Hasil sintesis turut menunjukkan bahawa amalan SBM secara konsisten dikaitkan
dengan autonomi profesional guru yang lebih tinggi, tahap kepuasan kerja yang lebih baik, efikasi kendiri yang lebih
tinggi serta kecenderungan kelesuan upaya (burnout) yang lebih rendah. Kajian ini menyimpulkan bahawa kesejahteraan
guru dalam konteks SBM dipengaruhi oleh interaksi antara kepimpinan sekolah, pengupayaan organisasi dan autonomi
profesional guru. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa pelaksanaan autonomi terpimpin dan kepimpinan yang
mengupayakan berpotensi menyokong kesejahteraan guru serta kelestarian sistem pendidikan.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License