Penggunaan Teknik Delphi dalam Kajian Sains Sosial: Analisis Bibliometrik (The Use of the Delphi Technique in Social Science Research: Bibliometric Analysis) NORZAHARAH AB HAMID, FATHIYAH MOHD KAMARUZAMAN*, MOHAMAD ZUBER ABD MAJID
Abstract
Teknik Delphi merupakan kaedah pengumpulan pendapat pakar melalui beberapa pusingan soal selidik bagi mencapai
konsensus, semakin mendapat perhatian dalam kajian sains sosial seperti pendidikan, politik dan pengurusan. Namun
begitu, potensi teknik Delphi masih terbatas kerana kajian sedia ada dan penggunaan teknik Delphi belum lagi diteroka
secara menyeluruh dalam pelbagai konteks sains sosial. Selain itu, terdapat kekurangan analisis yang komprehensif
mengenai pelaksanaan teknik ini, yang menghalang penggunaannya secara optimum. Oleh itu, terdapat keperluan
untuk kajian bibliometrik lengkap bagi penyelidikan teknik Delphi dalam kajian sains sosial. Analisis bibliometrik
menggunakan VOSviewer dalam penyelidikan ini diekstrak daripada pangkalan data SCOPUS dari 2012 hingga 2022.
Metodologi Item Pelaporan Pilihan untuk Ulasan Sistematik dan Meta-Analisis (PRISMA) digunakan sebagai panduan.
Analisis deskriptif dibuat terhadap bahasa, jumlah dokumen yang diterbitkan dan perkembangan penerbitan. Kata
kunci serta analisis penulisan bersama turut dikaji. Kajian ini bertujuan mengenal pasti trend yang muncul, jurang
penyelidikan, dan implikasi masa hadapan untuk amalan sains sosial. Hasil kajian ini menemui 1115 petikan mengenai
Delphi, pendidikan dan sains sosial. Trend peningkatan dokumen kajian teknik Delphi mulai tahun 2018 menunjukkan
minat yang semakin mendalam dalam penggunaan kaedah ini bagi menyelesaikan masalah kompleks. Kata kunci utama
yang paling menonjol seperti “Delphi study”, “humans”, “clinical competence”, “medical education”, “questionnaire”,
dan “curriculum” juga menunjukkan kekerapan penggunaan, menandakan topik tersebut sangat berkaitan dan sering
dibincangkan bersama. Jurang penyelidikan yang dikenal pasti memberikan pandangan berguna kepada penyelidik,
pendidik dan pembuat dasar dalam memperluas penggunaan teknik Delphi bagi menyokong penyelidikan dan
pembangunan teori, sekali gus menjadi panduan awal kepada penyelidik akan datang dalam meneroka teknik ini dalam
kajian sains sosial.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License