Computer Mediated Communication: A Motivational Strategy Toward Diverse Learning Style

RUSNANI ABDUL KADIR

Abstract


Gaya belajar ialah cara setiap pelajar mula memberi tumpuan, memproses dan menyimpan maklumat baru dan sukar. Kajian ini menggunakan LearningStyle Inventory (LSI) yang dibina oleh Kolb (1985) untuk mengukur gaya belajar 241 pelajar daripada dua buah sekolah menengah di kawasan bandar di Malaysia. Dapatan menunjukkan pelajar sekolah menengah di Malaysia cenderung untuk mencerap secara reflektif. Ini bermaksud, mereka memproses maklumat secara reflektif dan memahami situasi baru melalui persepsi yang konkrit. Pembelajaran di Malaysia lebih cenderung ke arah pemusatan guru. Guru tidak menaruh jangkaan agar pelajar mencari maklumat secara aktif. Sebaliknya, mereka disediakan dengan bahan-bahan dan diberi sedikit sahaja ruang untuk berkembang apa lagi untuk mencabar guru atau pentadbir. Pelajar sebegini, yang dikenal pasti sebagai divergers, belajar melalui pemerhatian dan refleksi. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan agar komunikasi berperantarakan komputer dilaksanakan untuk memberi ruang untuk perkembangan minda bukan sahaja untuk pelajar-pelajar divergers ini, tetapi juga untuk pelajar-pelajar yang mempunyai lain-lain gaya belajar.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823