Pembangunan Instrumen Penerimaan E-Pembelajaran Pelajar Pascasiswazah Menggunakan Analisis Rasch (Development Instrument Acceptance of E-learning Postgraduate Students Using Rasch Analysis)

HUDIYA ADZHAR, AIDAH ABDUL KARIM, MUHAMMAD UZAIR SAHRIN

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penerimaan e-pembelajaran bagi pelajar pascasiswazah dengan menggunakan analisis Rasch. Objektif kajian ini adalah mengukur instrumen dengan menggunakan ujian-ujian dalam analisis Rasch seperti polariti item, varians reja terpiawai, kebolehpercayaan dan juga peta taburan individu-item. Instrumen ini mengandungi 16 item yang menggunakan skala Likert lima mata dan berasaskan Model UTAUT. Soal selidik ini ditadbir atas 97 orang pelajar pascasiswazah Fakulti Pendidikan UKM Bangi. Program Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23.0 telah digunakan untuk memasukkan data dan membuat analisis statistik deskriptif sebelum dianalisis menggunakan program Winstep v3.68.2 untuk analisis Rasch. Dapatan kajian menunjukkan kesemua 16 item yang telah dibina memenuhi keperluan Model Rasch dan sesuai digunakan untuk mengukur penerimaan e-pembelajaran. Namun begitu, pembaikan item dari sudut pelarasan bahasa dan struktur ayat serta penambahan bilangan sampel yang lebih besar perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaan item-item soal selidik ini di masa akan datang. Kajian ini juga menunjukkan bahawa analisis Rasch boleh membantu penyelidik memperbaiki soal selidik yang dibina secara telus dan sistematik. 

Kata kunci: Pembinaan instrumen, penerimaan e-pembelajaran, Model UTAUT, analisis Rasch, pengajian tinggi

 

This study aimed to test the validity and reliability the instrument acceptance of e-learning by using the Rasch analysis. The objectives of this study is using tests in Rasch analysis likes item polarities, variences of standardized residuals, reliability and also the distribution map of individual items. This instrument contains 16 items using Likert scale of five points and based on UTAUT Model. The questionnaire was administered to over 97 postgraduate students from Fakulti Pendidikan UKM. Program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 23.0 was used for data entry and analyzed using descriptive statistics before using Winstep v3.68.2 programme for Rasch analysis. The finding showed that all the 16 items that have been built to meet the requirements and is fit using Rasch Model to measure the acceptance of e-learning. However, the repair item for angle adjustment of language and sentence structure as well as the addition of a larger number of samples need to be done to improve the validity and reliability of the items of the questionnaire in the future. The study also showed that the Rasch analysis can help researchers improve the questionnaire constructed in a transparent and systematic.

Keywords: Instrument development, e-learning acceptance, UTAUT Model, Rasch analysis, higher education


Keywords


Instrument development, e-learning acceptance, UTAUT Model, Rasch analysis, higher education

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.




....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823