Latihan Dalam Perkhidmatan Sebagai Medium untuk Meningkatkan Tahap Tingkah Laku Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Kalangan Guru Sains (In-House Training as a Medium to Enhance Science Teachers’ Behaviour of the Higher Order Thinking Skills)

NATRAH MOHAMAD, JAMIL AHMAD, KAMISAH OSMAN

Abstract


Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan medium yang memberi impak signifikan kepada pembangunan profesional guru. Kajian tinjauan rentas silang ini bertujuan menentukan tahap tingkah laku guru dari aspek KBAT, pentaksiran KBAT (pembinaan item KBAT dan teknik penyoalan) dan pedagogi KBAT (pendekatan inkuiri, isu sosio saintifik dan peta pemikiran i-THINK) setelah menghadiri LADAP KBAT. Soal selidik telah diedarkan kepada 748 guru sains dari Semenanjung Malaysia dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan menunjukkan bahawa tahap tingkah laku untuk menerapkan KBAT dalam mata pelajaran Sains dan penggunaan teknik penyoalan berada pada tahap tinggi. Walaubagaimanapun, tingkah laku guru dalam pembinaan item KBAT, penggunaan peta pemikiran i-THINK, pendekatan inkuiri dan isu sosio saintifik berada pada tahap yang sederhana. Secara keseluruhannya, LADAP KBAT dapat meningkatkan tahap tingkah laku guru pada tahap sederhana sahaja. Melalui dapatan ini, latihan yang berterusan dan aktiviti latihan dalam bentuk hands-on adalah penting untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru tentang pembinaan item KBAT, penggunaan peta pemikiran i-THINK, dan pendekatan inkuiri dan isu sosio-saintifik yang akan membantu guru menggunakan pendekatan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran sains dengan lebih kerap. Penambahbaikan juga perlu dilakukan ke atas LADAP KBAT, antaranya adalah dengan menambahbaik model Cascade (KPM 2013) untuk melatih guru-guru Sains tentang KBAT.

Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi; Latihan Dalam Perkhidmatan; Pembangunan Profesional

 

In-house training programme (LADAP) of higher order thinking skills (HOTS) provides continuous professional development for teachers to apply HOTS in their teaching and learning process. This cross-sectional survey aims to determine teachers’ behaviour level in HOTS aspects, HOTS assessment (developing HOTS items and questioning techniques), and HOTS pedagogy (using i-THINK thinking maps, inquiry approaches, and socio-scientific issues) after attending HOTS LADAP. Questionnaires were administered to 748 science teachers from Peninsular Malaysia and the data obtained was analysed using descriptive statistics. Findings showed that teachers’ behaviour level in applying HOTS and their questioning techniques in science subjects are high. However, teachers’ behaviour in developing HOTS items, applying i-THINK thinking maps, inquiry approaches and socio scientific issues are moderate. Overall, HOTS LADAP could increase teachers’ behaviour onlyto moderate level.  From the findings, continuous in-house training programmes with hands-on activities are important to master the knowledge and skills related to developing HOTS items, applying thinking maps, inquiry approaches, and socio scientific issues so that teachers could apply the knowledge and skills in the classroom more frequently. Improvements also need to be made in HOTS LADAP through improving the Cascade model (KPM 2013) to train science teachers about HOTS, among others.

Key Words: Higher Order Thinking Skills; In-House Training; Professional Development.


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01SI-03

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823