Kebimbangan Bahasa dan Hubungannya dengan Pencapaian dalam Bahasa Arab (Language Anxiety and Its Relationship with Achievement in Arabic Language)

AFANDI YUSOFF, NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF, HARUN BAHARUDDIN

Abstract


Kebimbangan bahasa sering dialami oleh pelajar semasa mempelajari bahasa asing sehingga boleh menjejaskan pembelajaran bahasa tersebut. Oleh kerana pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia dikategorikan sebagai bahasa asing, maka kebimbangan bahasa ini turut dirasai oleh pelajar-pelajar Bahasa Arab di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kebimbangan bahasa yang dialami oleh pelajar di sekolah dan hubungannya dengan pencapaian Bahasa Arab. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada Foreign Language Classroom Anxiety Scale bagi menentukan tahap kebimbangan bahasa pelajar. Responden kajian terdiri daripada 420 orang pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Malaysia. Analisis deskriptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data dan memperoleh dapatan kajian. Keputusan menunjukkan bahawa tahap kebimbangan bahasa pelajar berada di tahap sederhana. Manakala terdapat hubungan negative yang signifikan antara kebimbangan bahasa dengan pencapaian bahasa Arab (r=-0.439; p=0.00). Daripada dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan antara tahap kebimbangan bahasa dengan pencapaian dalam bahasa. Implikasi kajian ini ialah beberapa strategi dalam pedagogi perlu dilaksanakan bagi meminimumkan tahap kebimbangan bahasa dan meningkatkan pencapaian bahasa Arab pelajar dalam masa yang sama.

Kata kunci : Kebimbangan Bahasa, Pencapaian Pelajar, Bahasa Asing, Pembelajaran Bahasa Arab, Pelajar Sekolah

 

Students often experience language anxiety when learning foreign languages, which affects their language learning process. Since Arabic language is categorized as a foreign language in Malaysia, language anxiety is also felt by Arabic language students in schools all over Malaysia. This study aims to identify the level of language anxiety of school students and its correlation with their achievement in Arabic language. This quantitative survey was conducted using a questionnaire adapted from Foreign Language Classroom Anxiety Scale to determine the students’ language anxiety level. The respondents are made up of 420 students who are currently studying in Islamic Secondary School in Malaysia. Descriptive and inference analysis were used to analyse the data and obtain the result. The findings indicated that the language anxiety level of the students was moderate. In addition, there is a significant negative correlation between the students’ language anxiety levels with their achievement in Arabic language (r= -0.439, p=0.00). From the findings, it can be concluded that there is a relationship between language anxiety level and achievement in Arabic language. The findings implicate that some pedagogical strategies need to be implemented to minimize language anxiety level and to improve students’ achievement in the language at the same time.

Key Words: Language Anxiety, Student Achievement, Foreign Languages, Arabic Language Learning, School Students


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.02-01

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.

....................................................................................................................................................................................................


Creative Commons License

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License

© Malaysian Journal of Education | Jurnal Pendidikan Malaysia
ISSN 2180-0782 | eISSN: 2600-8823