AKTIVITI DIURNAL TRIP (THYSANOPTERA: THRIPIDAE) PADA POKOK CILI
Abstract
Kajian aktiviti diurnal trip pada tanaman cili telah dilakukan antara Januari dan Februari 2018. Pensampelan trip telah dilakukan dengan kaedah mengetuk trip ke dalam dulang yang disediakan di Marang, Terengganu, Malaysia. Pensampelan trip dilakukan setiap selang dua jam daripada seawal pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Sampel trip yang dikumpul telah diawet dalam 70% etanol untuk dibawa ke makmal untuk penyediaan slaid dan proses pengecaman. Dua spesies trip telah berjaya dikenal pasti iaitu Thrips parvispinus dan Scirtothrips dorsalis pada tanaman pokok cili. Thrips parvispinus adalah spesies dominan iaitu sebanyak 70% daripada jumlah sampel yang dikumpul berbanding S. dorsalis hanya sebanyak 30%. Secara keseluruhan populasi trip pada pokok cili adalah lebih tinggi pada waktu pagi (8.00 hingga 10.00) dan petang (2.00 hingga 4.00). Populasi trip didapati berkurangan pada waktu tengahari (10.00 hingga 12.00). Melalui ujian ANOVA satu hala menunjukkan tiada perbezaan bererti (P>0.05) di antara populasi trip dan masa setiap cerapan. Corak aktiviti diurnal ini didominasi oleh T. parvispinus kerana bilangan individu yang dikumpul bagi setiap masa cerapan adalah jauh lebih tinggi berbanding S. dorsalis. Perubahan corak aktiviti diurnal S. dorsalis pada setiap masa cerapan adalah lebih sekata, walaupun bilangan tangkapan lebih tinggi antara 10.00 hingga 12.00 tengahari. Aktiviti diurnal trip adalah bergantung kepada tabiat permakanan dan pembiakan seperti yang dibincangkan dalam makalah ini. Maklumat aktiviti diurnal serangga perosak trip adalah penting dalam strategi pengurusan serangga perosak yang lebih berkesan.
Full Text:
PDFReferences
Ahmed, M.Z., Revynthi, A.M., McKenzie, C.L. & L.S. Osborne. 2023. Trip parvispinus (Karny), an emerging invasive regulated pest in the United States. Dilayari https://mrec.ifas.ufl.edu/lsolab/trip/trip-parvispinus/ [28 April 2024].
Aliakbarpour, H. & Che Salmah, M.R. 2010. Diurnal activity of four species of trip (Thysanoptera: Thripidae) and efficiencies of three nondestructive sampling techniques for trip in mango inflorescences. Journal Of Economic Entomology 103(3): 631-640.
Asni, J., Herlinda, S., Pujiastuti, Y., Irsan, C. & Sartiami, D. 2014. Morphological and genetic variation of Trip parvispinus (Thysanoptera: Thripidae) in chili plantation (Capsicumannuum L.) in the lowland and highland of Jambi Province, Indonesia. American Journal of BioScience 2(6-1): 17-21.
Chiemsombat, P., Gajanandana, O., Warin, N., Hongprayoon, R., Bhunchoth, A. & Pongsapich, P. 2008. Biological and molecular characterization of tospoviruses in Thailand. Archives of Virology 153: 571-577.
Cho, K., Walgenbach, J.F. & Kennedy, G.G. 2000. Daily and temporal occurrence of Frankliniella spp. (Thysanoptera: Thripidae) on tomato. Applied Entomology and Zoology 35 (2): 207-214.
FAO (Food and Agriculture Organization). 2024. FAO Statistics. http://www.fao.org/faostat/en/#data/QC [22 April 2024].
Ginting, S., Djamilah & Pryatiningsih. 2023. Insect pests of kalamansi citrus (Citrofortunella microcarpa) and their symptoms of infestation in Bengkulu, Indonesia. Serangga 28(1): 116-127.
Hoddle, M.S., Heraty, J.M., Rugman-Jones, P.F., Mound, L.A. & Stouthamer, R. 2008. Relationships among species of Scirtotrip (Thysanoptera: Thripidae, Thripinae) using molecular and morphological data. Annals of the Entomological Society of America 101: 491–500.
Iskandar, N.L., Manickam, T., Mohamad Nor, A.A., Basir, M.H., Jaafar, N.A.I., Abu, R., Baharom, N.A., Suherman, F.H.S., Abdul Hamid, S.N.A., Othman, Z., Ahmad, A.A. & Wan Yusuf, W.A. 2021. Teknologi pengeluaran cili secara organic. Buletin Teknologi MARDI 24: 125 – 135.
Jabatan Pertanian. 2019. Statistik Tanaman Sub Sektor Tanaman Makanan. Putrajaya: Jabatan Pertanian Malaysia (DOA).
Joshia, U., Ranaa, D.K., Singha, V. & Bhatt, R. 2020. Morphological characterization of chilli (Capsicum annum L.) genotypes. Applied Innovative Research 2: 231-236.
Mound, L.A. & Palmer, J.M. 1981. Identification, distribution and host plants of the pest species of Scirtotrip. (Thysanoptera: Thripidae). Bulletin of Entomological Research 71: 467-479.
Mound, L.A. & Masumoto, M. 2005. The genus Trip (Thysanoptera, Thripidae) in Australia, New Caledonia and New Zealand. Zootaxa 1020: 1–64.
Mound, L.A. & Azidah, A.A. 2009. Species of the genus Trip (Thysanoptera) from Peninsular Malaysia, with a checklist of recorded Thripidae. Zootaxa 2023: 55-68.
Mound, L.A. & Ng, Y.F. 2009. An illustrated key to the genera of Thripinae (Thysanoptera) from South East Asia. Zootaxa 2265: 27–47.
Mound, L.A., Azidah, A.A. & Ng, Y.F. 2012. Key to world species of the genus Taeniotrip (Thysanoptera, Thripidae). Zootaxa 3414:33-42.
Ng, Y.F., Eow, L.X. & Mound, L.A. 2010. Trip (Thysanoptera) – the unfamiliar insect. Malaysian Naturalist 64(2): 5-6.
Ng, Y.F. & Zaimi, J.S. 2018. The economically important trip from Malaysia, with a key to species (Thysanoptera, Thripinae). ZooKeys 810: 113-126.
Okajima, S. 2006. The Insect of Japan Vol. 2 (The suborder Tubulifera (Thysanoptera). Fukuoka, Japan: Touka Shobo Co. Ltd.
Parker, B.L., Grehan, J.R. & Skinner, M. 1992. Method for extracting pear trip (Thysanoptera: Thripidae) from forest soil. Journal of Economic Entomology 85: 865–869.
Rachana, R. R., Roselin, P., Amutha, M., Sireesha, K. & Narasa Reddy, G. 2022. Invasive pest, Trip parvispinus (Karny) (Thysanoptera: Thripidae) – a looming threat to Indian agriculture. Current Science 122(2): 211-213.
Reyes, C.P. 1994. Thysanoptera (Hexapoda) of the Philippine Islands. Raffles Bulletin of Zoology 42: 107-507.
Tan, J.L., Ooi, P.A.C. & Khoo, G. 2016. Trip on eggplant, chilli and bell pepper in Cameron Highlands, Malaysia. Serangga 21(1): 71–85.
Vos, J.G.M., Sastrosiswojo, S., Uhan, T.S. & Setiawati. 1991. Trips on hot pepper in Java, Indonesia. Proc. Regional Consultation Workshop, Bangkok, Thailand, 13 March 1991. AVRDC, Taiwan, ROC, pp.18-28.
Refbacks
- There are currently no refbacks.