JAWAHIR AL-BUKHARI OF TUAN HAJI HUSAYN: A SIGNIFICANCE HADITH TEXT IN SOCIAL TEACHING FOR MALAY READERS (Kitab Jawahir Al-Bukhari oleh Tuan Haji Husayn: Signifikan Teks Hadisnya dalam Pendidikan Sosial kepada Pembaca Melayu)

Latifah abdul Majid

Abstract


Artikel ini merupakan suatu kajian terperinci ke atas peranan Tuan Husayn (seorang ulama terkemuka di Malaysia pada awal kurun ke-20 masehi) dalam penyebaran ilmu hadith di Alam Melayu. Dalam hal ini, analisa kepenggunaan kitab hadith karangan beliau iaitu Jawahir al-Bukhari (sebagai suatu elemen pendidikan sosial yang signifikan kepada masyarakat Melayu) menjadi fokus utama kajian ini. Justeru, kajian ini merupakan suatu usaha pengkaji untuk menyerlahkan maklumat-maklumat penting berkaitan Tuan Husayn khususnya dalam konteks peranan kitab penulisan beliau tersebut terhadap transmisi dan penerapan prinsip-prinsip asas agama Islam terhadap masyarakat Melayu Muslim. Untuk tujuan kesahihan dan kebolehpercayaan maka data dan dapatan kajian ini telah diperoleh dan dikemukakan berasaskan bukti-bukti daripada pelbagai sumber dan kaedah. Ini termasuklah memanfaatkan teknik temubual eksklusif bersama beberapa orang penyelidik terkemuka tanahair (khususnya mereka yang pakar dan mahir dengan persoalan politik, kemasyarakatan dan keagamaan di Malaysia pada kurun ke-20 Masehi) dan dari ahli-ahli akademik yang memiliki maklumat-maklumat penting berkenaan latarbelakang Tuan Husayn. Kaedah interpretasi teks telah dimanfaatkan sepenuhnya dalam kajian ini bagi memahami isi kandungan, matlamat dan fungsi penghasilan Jawahir al-Bukhari. Kajian ini juga menerapkan metode ‘hermeneutik’(penafsiran) dan ‘inferensi’ (penyimpulan hakikat) dalam usaha memantapkan lagi pemahaman pengkaji tentang kandungan kitab ini. Dengan hal demikian maka kajian ini wujud hasil penggabungjalinan kaedah kualitatif, hermeneutik dan inferensi. Dapatan kajian membuktikan bahawa kitab hadith dimanfaatkan sepenuhnya sebagai alat pendidikan sosial dalam bidang keagamaan, kemasyarakatan serta politik. Dapatan kajian juga membuktikan bahawa pembangunan pengajian hadith di Malaysia adalah seiring dengan isu-isu semasa yang ditimbulkan dan dibicarakan oleh ulama. Antara isunya ialah kritikan dan kebimbangan ulama terhadap sikap dan pegangan masyarakat Melayu Islam yang semakin jauh dari landasan Islam sebenar. Kajian ini juga menunjukkan bahawa antara sebab kemunculan penulisan terjemahan dan komentar kitab hadith  dari  bahasa Arab  ke  bahasa  Melayu  memelihara  keaslian  hadith- hadith Rasulullah s.a.w yang berlegar dalam masyarakat Melayu di samping mengajak masyarakat Melayu untuk bersatu dan kembali kepada Islam.


Full Text:

PDF


DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JH-2010-0201-06

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari