AMALAN DIALOG ANTARA AGAMA DALAM KALANGAN AHLI ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI JOHOR DAN PERTUBUHAN PENYEBARAN ISLAM ANTARABANGSA (IPSI) (The Practices of Inter-Religious Dialogue Among Malaysian Youth Islamic Movement of Johor ..............

Ahmad faizuddin Ramli, Jaffary Awang

Abstract


ABSTRAK

Dialog antara agama adalah merupakan interaksi antara pelbagai penganut agama untuk membina  persefahaman  dan  memupuk  sikap  toleran  antara  satu  sama  lain.  Dalam konteks negara ini, amalan dialog antara agama mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat melalui usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak NGO antaranya Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor. Kertas kerja ini akan membincangkan tahap dan bentuk amalan dialog antara agama kedua-dua ahli pertubuhan. Reka bentuk kajian adalah bersifat kuantitatif dan kualitatif. Bagi kuantitatif, seramai 60 ahli Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dan 102 ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor telah terlibat sebagai responden. Bagi kualitatif, metode temu bual digunakan terhadap dua pimpinan setiap pertubuhan. Selain itu, sejumlah dokumen-dokumen pertubuhan seperti laporan tahunan, buletin, laman sesawang turut dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan dialog antara agama ahli Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) adalah pada tahap tinggi, dengan jumlah skor min sebanyak 3.50, manakala tahap amalan ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor adalah pada tahap sederhana, iaitu min sebanyak 3.35. Dapatan juga menunjukkan, bentuk amalan dialog antara agama ahli Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) lebih efektif daripada bentuk amalan dialog antara agama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor.

ABSTRACT

Inter-religious dialogue is an interaction among the people from different religion in order to build mutual understanding and tolerance in the society. In the context of this country, the practice of inter-religious dialogue took place in the community, mainly organized by Muslim NGO’s such as Malaysian Youth Islamic Movement of Johor (ABIM Negeri Johor) and the Islamic Propagation Society International (IPSI). This article will discuss the level of practicing and the method of interfaith dialogue among both organizations.  This research design uses qualitative and quantitative method by using library research, survey methods and interviews. The questionnaires have distributed among 102 respondents of the Malaysian Youth Islamic Movement of Johor (ABIM) Johor members and 60 respondents from the Islamic Propagation Society International (IPSI). The qualitative interview method used against two leaders of each organization. In addition, a number of documents, such as the organization’s annual report, newsletters, and websites were analyzed. The results showed that the level of inter-religious dialogue practices of the Islamic Propagation Organization International (IPSI) are high, with a mean score of 3.50, while the Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) Johor is at a medium level, with a mean score of 3.35. The study also shows, the level of inter- religious dialogue method of International Islamic Propagation Organization (IPSI) is more effectively than the Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) Johor.


Full Text:

PDF

References


Abdul Razak Aripin. 2012. Sejarah, Kefahaman, dan Amalan Angkatan Belia Islam Malaysia Johor dalam Dialog Antara Agama. Temu bual, 14 Mei.

Ahmad Husni Haji Hasan. 2011. An Islamic Perspective of the Interfaith Dialogue Amidst Current Inter-Religious Tensions Worldwide. GJAT 1(1): 25.

Azizan Baharuddin. 2008. Peranan Dialog Peradaban Di Dalam Wacana Tamadun Malaysia. Jurnal Peradaban – Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya 1.

Bulletin IPSI. 2011. 1(1). Penang: Islamic Propagation Society International.

Ghazali Basri. 2000. Dialog Antara Agama: Peranan Islam dalam Keharmonian Beragama. Jurnal Kajian Ketamadunan 5(1): 30.

_____________. 2009. Inter-religious dialogue in Malaysia. Dlm. Monograph series Centre for Civilisational Dialogue. no. 9. Kuala Lumpur: Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya.

Ibn Manzur, Jamaluddin Muhammad bin Mukarram al-Ansari. T.th. Lisān al-carab. Juzuk 5. T.tp: Dār al-Miṣriyyah li al-Ta’līf wa al-Tarjamah.

Jabatan Perangkaan Malaysia. Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi 2010.http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view =article&id=1215〈=bm&Itemid=. Dilawati pada 29 Mac 2012.

Jaffary Awang et.al. 2007. Dialog Antara Agama-agama dan Kepentingannya dalam Pembangunan Masyarakat di Malaysia Menurut Persepsi Pelajar-pelajar Muslim dan Non-Muslim di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Dlm. Islam dan Isu-isu Kontemporer: Respon Islam Terhadap Problematika Global & Kearifan Lokal. (Pnyt.) Hamadi Husain e. al. Surabaya: Lembaga Kajian Agama dan Filsafat (eLKAF).

Kamar Oniah Kamaruzaman. 2010. Religion and Pluralistic Co-Existence: The Muhibbah Perspective. Kuala Lumpur: IIUM Press International Islamic University Malaysia.

Kamaruddin Abdullah. 2012. Sejarah, Kefahaman, dan Amalan Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dalam Dialog Antara Agama. Temu bual, 7 Jun.

Kamus Dewan. 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairulnizam Mat Karim. 2008. Dialog Antara Agama Mustahak. http://www. utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0125&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm. Dilawati pada 25 Januari 2013.

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali & Mohd Herzali Mohd Haled. 2008. Toleransi Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jurnal Usuluddin (27):81-92.

Laporan Mesyuarat Dewan Negara 17 Julai 2012. Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Kedua.

Mandour, Tayseir M. 2010. Islam and Religious Freedom: Role of Interfaith Dialogue in Promoting Global Peace. Brigham Young University Law Review 10 (3):885.

Mohd Fauzi Othman. 2012. Dialog Antara Agama: Sejarah, Kefahaman, Amalan dan Saranan. Temu bual, 30 September.

Osman Bakar. 2003. Islam & Dialog Peradaban: Menguji Universalisme Islam dalam Peradaban Timur & Barat. Yogyakarta: Fajar Pustaka Baru.

Perlembagaan dan Undang-Undang Am. 2009. Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn. Bhd.

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail & Nor Hayati Mohd Dahlal. 2011. Dialog Antara Agama: Realiti Dan Prospek Di Malaysia. Kajian Malaysia 29(2): 91-110.

Sirajuddin Mohamed Kamal. 2012. Sejarah, Kefahaman, dan Amalan Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI). Temu bual, 7 Jun.

The New Encyclopedia Britainnica. 2002. Vol.4. USA: Encyclopedia Britainnica Inc.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


  ISSN: 1985-6830

eISSN: 2550-2271

JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.


Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my

Web: ejournals.ukm.my/jhadhari