PENENTUAN CIRI NEGARA ISLAM MENURUT PEMIKIRAN EMPAT MAZHAB FIQAH (Determining The Characteristics Of An Islamic Country From The Perspectives Of Four Schools Of Jurisprudence)
Abstract
ABSTRAK
Penentuan ciri-ciri sesebuah negara Islam merupakan suatu perkara yang begitu kompleks sehingga menjadi isu perbalahan dalam kalangan ahli politik. Ini berikutan perselisihan para fuqaha dalam mendefinisikan sebuah negara Islam yang sebenar berdasarkan pentafsiran mereka terhadap dalil-dalil yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti pemikiran empat mazhab fiqah yang muktabar, iaitu Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali dalam membahaskan isu penentuan sesebuah negara Islam. Di samping itu, kajian turut menyediakan mekanisme dalam penentuan sesebuah negara Islam berpaksikan pemikiran empat mazhab fiqah tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi instrumen pengumpulan data dan analisis kandungan berasaskan kaedah perbandingan dan pentarjihan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat dua jenis ciri dalam menentukan status sebuah negara Islam, iaitu ciri minimum dan maksimum. Keempat-empat mazhab fiqah bersepakat bahawa ciri minimum bagi menentukan sesebuah negara itu sebagai negara Islam atau sebaliknya ialah sebuah negara yang dipimpin dan ditadbir oleh orang Islam. Manakala ciri maksimum pula, keempat-empat mazhab fiqah mempunyai pandangan yang berbeza antara satu sama lain. Kepentingan kajian ini dapat membantu untuk menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam kalangan ahli politik ketika penentuan status sesebuah negara Islam. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan membincangkan hukum penglibatan pihak bukan Islam dalam sebuah pemerintahan negara Islam. Kerjasama kalangan Muslim dan bukan Islam perlu diteliti secara holistik dalam menjamin perpaduan masyarakat dan keharmonian dalam sebuah negara, demi menjamin kestabilan dan keamanan dalam pembangunan sebuah negara berdaulat.
ABSTRACT
The determination of the characteristics of an Islamic state is a complicated matter, hence creating a controversial issue among the political leaders. This is due to the different opinions of the jurists on their interpretations of the Quranic verses and the Prophetic sayings, especially when they elaborate those sacred sources’ meaning of a true Islamic state. The objective of this writing is to examine the thoughts of the four most reliable schools of jurisprudence (fiqah) in Islam and their each argument in relation to the determination of characteristics of an Islamic state in particular. In addition, the study also provides a mechanism of determination of an Islamic state and the instrument is stemmed from those four schools of fiqah. This research employed qualitative methods that consist of data collection and content analysis in which the methods of making comparison and exercising preference (tarjih) are used. Findings show that there are two types of features in determining the status of an Islamic state, namely the minimum characteristic and the maximum one. All the four schools of jurisprudence unanimously agree that the minimum characteristic to determine whether a country is an Islamic state or not is it should be led and governed by the Muslims. As far as the maximum characteristic is concerned, the four schools of fiqah have different view of points. This study implies that it may help resolving disputes between political leaders when they need to determine the status of an Islamic state. Further research may be conducted to discuss the Islamic law concerning the involvement of non-Muslims in an Islamic state. The cooperation among the Muslims and the non-Muslims should be examined holistically to ensure social solidarity and harmony in the country while promoting stability and peace in developing the sovereign state.
Full Text:
PDFReferences
Abdul Halim el-Muhammady. 1998. Undang-undang Jenayah dalam Islam dan Enakmen Negeri-negeri. Bangi: Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abu Zahrah, Muhammad. 1995. al-‘Alaqah al-Duwaliyyah fi al-Islam. Dimashq: Dar al-Fikr.
Ahmad Mohamed Ibrahim. 1999. Prinsip-prinsip Perlembagaan Islam dan Perlembagaan Malaysia. Dlm. Abdul Monir Yaacob (pnyt.). Prinsip- prinsip Pemerintahan dalam masyarakat majmuk, hlm. 145-171. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
al-Ashqar, Muhammad Sulayman b. ‘Abd Allah. 1996. Zubdat al-Tafsir min al-Fath al-Qadir. Bayrut: Dar al-Mu’ayyid li al-Nashr wa al-Tawzi‘.
al-Ba‘albakki, Ruhi. 1988. al-Mawrid: A Modern Arabic-English Dictionary. Bayrut: Dar al-‘Ilm li al-Malayin.
al-Buti, Muhammad Sa‘id Ramadan. 1999. al-Jihad fi al-Islam. Bayrut: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.
‘Awdah, ‘Abd al-Qadir. 1402H. al-Tashri‘ al-Jina’i al-Islami Muqaranan Bayn al-Qanun al-Wad‘i. Tehran: Mu’assasat al-Bi‘thah.
Ezad Azraai Jamsari & Mohd. Zamro Muda. 2006. Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri sebagai Sumber Undang-undang di Malaysia: Satu Perspektif Sejarah. Dlm. Mohammad Zaini Yahya, Abdul Basir Mohamad & Mohd. Nasran Mohamad (pnyt.). Isu Syariah dan Undang- undang, hlm. 122-137. Siri 15. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hamid Jusoh. 1992. Kedudukan Undang-undang Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Suatu Rujukan Khas terhadap Kes-kes Konversi dalam Undang- undang Keluarga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibn ‘Abidin. 1966. Hashiyyat Radd al-Mukhtar. al-Qahirah: Maktabat ‘Isa al-Babi al-Halabi.
Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, Muhammad b. Abi Bakr. 1401H. Ahkam Ahl al -Dhimmah . Tahqiq . Salih , Subhi . al - Qahirah : Dar al - ‘ Ilmli al-Malayin.
Ibn Hajar al-‘Asqalani, Ahmad b. ‘Ali. t.th. Fath al-Bari bi Sharh Sahih al-Bukhari. al-Qahirah: Maktabat Misr.
Ismail Lutfi. 1995. Ikhtilaf al-Darayn wa Atahruhu fi Ahkam al-Munakahat wa al-Mu‘amalat. al-Qahirah: Dar al-Salam.
al-Kasani, Abu Bakr b. Mas‘ud. 1402H. Bada’i‘ al-Sana’i‘. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Arabi.
al-Maqdisi, Muhammad b. al-Muflih. 1971. al-Adab al-Shar‘iyyah wa al-Minah al-Mar‘iyyah. Riyad: Maktabat al-Riyad al-Hadithah.
al-Mardawi, ‘Ali b. Sulayman. 1989. al-Asnaf fi Ma‘rifat al-Rajih min al-Khilaf. Dimashq: Dar al-Basha’ir.
al-Mawardi, ‘Ali b. Muhammad. 1989. al-Ahkam al-Sultaniyyah fi al-Wilayat al-Diniyyah. al-Kuwayt: Maktabat Ibn Taymiyyah.
al-Mawdudi, Abu al-‘Ala’ Muhammad b. al-Husayn. 1969. Nazariyyat al-Islam wa Hadyihi fi al-Siyasah wa al-Qanun wa al-Dustur. Bayrut: Mu’assasat al-Risalah.
Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim. 2008. Penglibatan Bukan Islam dalam Pentadbiran dan Jawatan Tertinggi di Malaysia. Disertasi Sarjana. Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad, ‘Abd al-Qadir. 1986. al-Nizam al-Siyasi fi al-Islam. ‘Amman: Dar al-Furqan.
al-Munjid fi al-L ughah wa al-A ‘ lam . 1 9 8 7 . E d . k e - 3 4 . B a y r u t : D a r al-Mashriqiyyah.
al-Nabhani, Taqi al-Din. 1980. al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah. Bayrut: Dar al-Basha’ir.
al-Qaradawi, Yusuf. 2002. Fiqah al-Dawlah fi al-Islam. Bayrut: Dar al- Qalam.
Qutb, Sayyid. 1994. Fi Zilal al-Qur’an. al-Qahirah: Dar al-Salam.
Sa‘di, Abu Jayb. 1968. al-Qamus al-Fiqahi Lughatan wa al-Istilahan. Dimashq: Dar al-Fikr.
al-Sarakhsi, Muhammad b. Ahmad. 1989. al -Mabsut . Bayrut : Dar al-Ma‘rifah.
al-Shawkani, Muhammad b. ‘Ali. 1985. Sayl al-Jarrar al-Muntafaq ‘ala al-Hada’iq al-Azhar. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
al-Tariqi, ‘Abd Allah b. Ibrahim. 1414H. al-Isti‘anah bi Ghayr al-Muslimin fi al-Fiqah al-Islami. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
al-Tariqi, ‘Abd Allah b. Ibrahim. 1994. al-Isti‘anah bi Ghayr al-Muslimin fi al-Fiqah al-Islami. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
‘Uthman, Abd al-Karim.1985. Ma‘alim al-Thaqafah al-Islamiyyah. Bayrut: Mu’assasat al-Risalah.
Zaydan, ‘Abd al-Karim. 1396H. Ahkam al-Dhimmiyyin wa al-Musta’minin.
Bayrut: Mu’assasat al-Risalah.
al-Zuhayli, Wahbah. 1998. Tafsir al-Munir. Dimashq: Dar al-Fikr.
DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JH-2012-0402-05
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN: 1985-6830
eISSN: 2550-2271
JURNAL HADHARI: AN INTERNATIONAL JOURNAL
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi
Selangor, MALAYSIA.
Phone: +603-8921 7187/7176/6994
Fax: +603-8921 6990
Email: jhadhari@ukm.edu.my
Web: ejournals.ukm.my/jhadhari